Tips Mengurangkan Berat Badan

1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat
Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.

2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

3) Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.

4) Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.

Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.

5) Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

6) Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.

7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

8) Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

9) Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

10) Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.

11) Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

80 Responses to “Tips Mengurangkan Berat Badan”

  1. nana872 says:

    sye da cuba bnyk kali,tpi mkin naik brat bdn ade la..huu T_T

  2. waimie says:

    lepas bersalin,perot menggeleber.malu tol kat husband.tapi susahnya nak diet.godaan makanan tue yang tak tahan tue

  3. isya_farisya says:

    samekom kawan2,kawan2 thu x mcm ane nak makan makanan yg bleh menurun berat badan kongsi la skit ngan sye skrg sye makan teh org kg asyik buang air besar jer penat la,erm perut sye pun semakin naik…..isaw nyer!

  4. prathiba says:

    basic senaman utuk mengurangkan badan langkah demi langkah

  5. Beta says:

    Berat sya.80 kg.sya nak kurangkan dgan cara rutin olah raga.tp knp hslnya tambh naik?

  6. cikedissz says:

    brt bdn blebihan byk beri tekanan kpd emosi sy..tiada kyakinan diri,rasa murung,kurg bminat dgn aktiviti sosial.ini sgt mberi kesan negatif kpd kerjaya sy memandgkan saya perlu bhdpn dgn org rmi..bantulah sy

  7. ben swim says:

    salam,
    saya setuju sangat tips yang diberikan. jangan halang keinginan untuk makan.saya makan nasi sehari sekali kadang2 banyak, kadang2 sikit.
    saya amalkan senaman 5-6 kali seminggu. dlm seminggu saya cuma ambil masa 30-45mint untuk jog, berbasikal dan berenang.
    tetapi kesibukan bekerja sgt2 memeningkan sampai tak larat dah nak bersenam. skrg dah 5 bulan tak bersenam, dah 5kg naik berat badan. tp, bila difikirkan semula, naik berat badan bukan sebab berenti bersenam, tapi makan yang tak dikawal. asyik nak mengunyah jerk. skrg saya nak reprogramkan semula jadual saya. program saya mcm ni, kalau ada yang nak follow cuba la, harap dapat membantu.

    ISNIN : kayuh basikal 30-45min
    SELASA : slow jog 30-45min (bagi yang baru nak mula jog, anda boleh mulakan jog 10min, walk 5min and jog 10min.jangan paksa-slow and steady)
    RABU : berenang 30-45min
    KHAMIS : banyakkan berjalan / naik turun tangga. rehatkan badan.
    JUMAAT : slow jog 30-45min
    SABTU : main badminton, main boling / futsal atau apa2 sukan yang boleh menghilangkan tension.
    AHAD : pagi -kayuh basikal 45min, berenang 30-45min.

    Dari segi pemakanan pula,
    sarapan sebelum pukul 9pg / sejam selepas bangun tido. makan sikit je / makan oat campur madu dan susu rendah lemak pun best.

    Makan tengahari antara pukul 1-2ptg. sekurang-kurangnya 4 jam selepas sarapan pagi. makan nasi 2senduk ikan/ayam + sayur + air berjus.
    * makan sepotong buah dahulu baru makan nasi.

    Minum petang kalau boleh tak perlu la, minum air suam jerk sebab pukul 6 nak mula senaman.

    Makan malam sebelum pukul 8mlm. makan sikit alas perut je. banyakkan minum air putih selepas bersenam. itu pun dah kenyang.

    malam : kalau lapar makan la buah sprt epal, buah kurma, atau makan biskut yang berfibre.
    boleh jugak makan roti dan air teh tarik ke/nescafe ke. atau apa2 jerk janji yg ringan2.
    then banyakkan minum air kosong/suam.

    ini adalah apa yg saya amalkan semasa berat saya 58kg. dan setelah amalkan berat saya turun perlahan2 dlm masa 5 bulan senigga 48kg. skrg berat saya 55kg. saya target turun ke 45kg dlm masa 5bulan. mungkin lambat target saya ni. ini kerana saya tak suka paksa diri x makan.
    pesanan saya, kepada yg nak berdiet, jgn la diet smp tak makan. kita cuma disiplinkan dlm masa 5 bulan cara senaman dan pemakanan dan insyaallah akan jadi rutin harian kita. jom sama2 cuba.

  8. Kimizo says:

    tips yang saya suka buat adalah minum air dengan kuantiti yang banyak tiap2 hari

  9. Cool man says:

    x semesti nye korang berjogging atau berlari….anda juga perlu menukarkan lemak kepade muscle(otot)supaya anda nampak mantap….dan tegap..itu bagi lelaki…kalau perempuan anda perlu mengamal kan gymnastic atau senaman kelenturan mungkin perlu masa yang lama…tetapi INSYAALLAH….bentuk badan anda akan berubah

  10. putra says:

    sama lah bro,ntah lah cpt sgt berat aku naik,makan x byk pun,dah badan mudah naik,ada ke ubat untuk lambatkan naik berat badan.x tahu nak buat mcm mndah

  11. hidayahamzi says:

    umr sye baru 16thun tp brat bdn sye da cm owg yg da khwin…sye risau bila sye da dwsa t brat bdn dan kegemukn bdn sye mkin bertmbah…tlg lh sye tok wt sye krus…sye risau sgt2…

  12. xiera says:

    hurmm…maybe sye boleh cbe untuk praktikkan tips2 diatas

  13. Jodi says:

    saya telah membuat pelbagai cara untuk sihat..tapi sya tetap tak nmpk hsil yang ada pada diri sya..dan hmpir berputus asa….

  14. lia says:

    dulu 65..
    pastu 68…
    pastu naik lagi 73..
    skan 81..
    bimbng sgt..tlg sy!!!
    plezzz

  15. cik tembam says:

    assalammualaikum nk b’tnye lh mcm mne nk mengurangkan rase lapar yew???????????
    bley tlng sy jwb soalan ne x?

  16. zizi says:

    time form4 i dlu 80 kg dgn tgi 153cm..i think dat was obes..so i try diet n did routine exercise 1/2jam sehari..and now i dah 45kg..i pun xsangke..kwn2 pun trperanjat..tanya product ape i pkai..bile i ckp exercise n xmakan nasi je..dorg xcaye..i salu xmkn bnyk..salad da jd fevret i..lau tringin sgt i akan jamah lauk shj..skrg da blh ada tunang pon..n member2 xsgke i aa tunang sehandsome si dia!xpyh habis beribu2 untuk produk pelangsingan!i bangga cuz dpt tahan nafsu makan i..

  17. Lyyana says:

    bercakap pasal diet terus membuak-buak semangat saya…sekarang nie pun tgh duk diet..terasa terlalu rindukan bentuk badan masa anak dara..seksi siot..tp bila dah beranak 2 dlm masa setahun satu nie, badan naik mendadak…dari 50kg trus naik ke 87kg..pas je bersalin anak ke2 sy nekad nak dpatkan bentuk bdn cam dulu..lgpun tuntutan kerja yg nak pastikan saya ni sentiasa vouge terpaksa la bekorban..saya amik diet drastik dgn elakkan pgambilan nasi..alhamdulillah selepas 2 minggu tak mkn nasi berat saya kurang sebanyak 8kg..itupun tanpa senaman..just kerja umah je la…saya gnti nasi ngan buah n sayur..minum air banyak..skrg berat saya 74kg…saya akan lakukan smp dapat seperti dulu..saya dah nekad…

  18. yaya says:

    sye cdangkn spew yg nk krangkn brat bdn 2….cbew tips2 nie….maybe brksan kowt…minum 2 botol besar air putih ctiap pgi, mmang la loya tpi brksan….n then, wktu lpang wat snaman ringan push up n sit up skrang krang nye 30 mnit…sblum tidow wat snaman naik trun bngku slame 3 mnit….akhir skaly…mandi 20 mnit, n then rhat jap 15 mnit pas2 smbung blik mndi 10 mnit….amalkn mndi cmni slang shari….insya allah lau korang amalkn tips nie….korang leh kurangkn brat bdn dlm sebulan….gud luck…:D

  19. Diana says:

    sya suke dgn tips minum air skurang2 nye 8 gls sehari, tpi psal senam nie yg susah sikit..mls….tpi bila sya senam(joging) mmg rsa sakit sluruh bdn n ofcoz penat tpi bila biasa buat tu rsa seronok pulak, bdn rsa segar jee..;) n kalau buat slalu insyaAllah, berat pn turun laa..itulah Aim sya skrng nie..bukan untuk kelihatan kurus saje tpi untuk kesehatan sya jugak..so, Best Of Luck All..

  20. Erra says:

    salam . hmm , betol gak kan , tk perlu diet secara drastik even berat badan cpt turun buad cmtu tp sbnrnyew ianya lebih cenderung utk bertambah . sy akan cuba , terima kasih :)

  21. suzuka says:

    i cuba execise setiap hari selama 2 minggu, yes berat badan saya turun 3 kg. i buat senaman berjalan. naik bukit dan turun bukit. buat ni selalu. akan work out.

  22. Mas Melaka says:

    Tq la Ben Swim atas cadangan anda,saya pun tengah nak kurangkan berat badan ni.Sekarang saya banyakkan minum air kosong dan buat sit up, Alhamdulillah otot perut saya dah mula padat dan rata.

  23. dinsblog.com says:

    kalau nak naikan berat badan caner lak yer.

  24. nasrah says:

    ambil psyllium husk boleh jugak menurunkan berat badan dengan natural…

  25. myza says:

    sy brusia 16thun n fom4,,
    sy sering diejek bdan besa ,
    tggi sy 178 n berat 80 , ,
    sy rse dri sy paling besa sekola ,
    kdg2 emosi t’ggu ,,
    kdg2 ade owunk xcaye dgn umo n saiz bdn sy,
    ape tips untok sy lakukan .????

  26. kashfi says:

    tips ni mmang berkesan,,,,berat badan saye dh turun skit…..ermmm syukur2…..ermm tp nk kurang kn ckit lg…korang smue ptot try tips ni…

  27. admin says:

    yang penting jaga sistem kardiovaskular dan kesihatan, saiz badan tak penting, yang penting hati mesti baik

  28. lala says:

    susah utk sy diet krn sy tggl kat hostel. jd jadual harian sy terikat dgn peraturan hostel

  29. shahita says:

    sy dah dekat dua tahun tak jamah nasik .
    bukan makin kurus tapi makin tambah bert badan .
    apa pandangan anda untuk sy?
    kdg2 sy lgsg tak punyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian, tolong dan bantu sy berikan pendapat anda .

  30. hamidah says:

    hai semua,
    pernah dengar diet atkins? diet ni bukan diet lemak tp diet karbohidrat.searh je kat internet ape dia diet atkins. ada versi bahasa dan inggeris. dlm 2 mgu, sy turun 5kg. mgu 1st, mmg lapar skit tp masuk mgu ke-2 dh ok.sy dh 2 thn kawin. bila try diet atkns dan trun berat 5kg, sy disahkan hamil.alhamdulillah… try la. yg penting istiqamah. x susah. 2 mgu je bleh trun 5kg kl betul2 istiqamah.

Leave a Reply