Panduan Menyusu 1
Bagaimana susu dihasilkan
Buah dada ibu yang mengandung akan membentuk alveoli iaitu kelenjar yang menghasilkan susu. Alveoli berbentuk seperti daun-daun yang bergantung kepada struktur bercabang-cabang. Susu yang terhasil dalam alveoli akan melalui cabang-cabang ke sinus yang berada di sebalik puting.
Apabila bayi menghisap susu, tekanan akan dikenakan pada bahagian areola di mana sinus-sinus berada. Isyarat akan dihantar ke otak untuk merembeskan dua hormon:
- Oksitosin – menyebabkan susu keluar (refleks “let down”)
- Prolaktin – menstimulasi buah dada untuk menghasilkan lebih banyak susu
Jarang sekali timbulnya kes wanita tidak boleh menyusukan bayi. Wanita yang pernah mengalami pembedahan buah dada didapati boleh menyusu. Puting yang rata atau masuk ke dalam tidak akan menjadi masalah sekiranya diatasi dengan lebih awal.
Kolostrum
Kolostrum ialah cecair berwarna kuning yang terhasil pada 10 hari terawal selepas kelahiran. Walaupun kuantitinya sedikit berbanding dengan penghasilan susu biasa, ia sangat kaya dengan protein dan antibodi yang mencukupi untuk keperluan awal bayi.
Menyusu seawal mungkin
Menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin memberikan beberapa faedah:
- Masalah ‘bengkak susu’ atau buah dada membengkak di awal tempoh bersalin dapat dikurangkan atau dielakkan.
- Pemberian kolostrum yang mempunyai kesan ‘laxative’ akan menyingkirkan bilirubin melalui najis bayi. Ini akan mengurangkan risiko penyakit kuning atau ‘jaundice’.
- Reflek penghisapan oleh bayi yang kebiasaannya kuat selepas 20-30 minit kelahiran akan melatih bayi untuk menghisap susu dengan lebih baik.
- Bayi akan membina sistem imunisasi di peringkat awal.
- Membentuk hubungan yang erat antara ibu dan bayi.
Menyusu sekerap mungkin
Penyusuan bayi anda tidak tertakluk kepada masa atau pun jadual. Cara yang paling baik untuk menyusu bayi anda ialah dengan mengikut KEPERLUAN. Apabila bayi anda menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu seperti menyuakan mulutnya ke dada anda atau menangis, anda tahu bahawa di situ ada KEPERLUAN untuk menyusu.
Saiz perut bayi yang baru lahir tidak melebihi sebiji telur ayam. Jadi, walaupun anda mempunyai bekalan susu yang banyak, jangan mengharapkan bayi untuk minum susu dalam kuantiti yang banyak dan kemudian tidur dalam jangka masa yang panjang. Berikan susu dada anda apabila bayi menangis atau menunjukkan respon hendak menghisap. Jangka masa yang sesuai ialah dalam julat 30 minit sehingga 2 jam sekali.
TIPS: Jangan tunggu sehingga bayi menangis untuk menyusukannya. Bayi yang menangis ialah bayi yang sedang “marah” dan dia mungkin terburu-buru untuk menyusu kerana terlalu lapar. Jika bayi anda dalam keadaan yang tenang, guna jari anda untuk menyentuh pipinya. Jika bayi anda membuka mulutnya untuk mendapatkan jari anda, sahlah dia lapar!
Kapasiti perut bayi baru lahir = 20 ml = 4 sudu kecil
Kapasiti perut bayi 12 bulan = 200 ml = 40 sudu kecil











Kini saya mengandung hampir 5 bulan. Yang merisaukan saya adalah, payudara saya kecil kerana saya berbadan kurus. Payudara menampakkan perubahan pembesaran tapi tidak banyak. Adakah saya mampu menyusukan bayi saya apabila dilahirkan nanti. Apa yang boleh saya lakukan untuk memastikan walaupun payudara saya kecil tapi mampu mempunyai susu.
salam…
sy ingin memohon nasihat… adakah mustahil utk menyusu anak yg tidak nyusu badan lbh dr 2 bulan… saya akui mgkin salah sndr sehingga anak tidak isap susu bdn.. sesudah bersalin..anak dihulurkan utk diberi susu.. tp seawal itu lh anak tidak isap, sbb dia tido..nurse2 di situ pun tak dpt kejutkan dia.. slps tu bila dia nangis lapar..sy bagi, tp susu tak ade, lps 2x mengurut br susu mahu jadi.. tp bila diberi pada anak..dia menolak utk isap,.. dia akan menangis dan mengamuk stiapkan kali dihulurkan..malah tgn dia sedia menolak2 dada sy dan muka nya berpaling ke arah lain… sepanjang sebulan..sy mncuba..masih sama keadaannya.. buatkan sy putus asa… tp keinginan tu masih menebal…adakah mungkin utk sy menyambung hasrat murni itu?
salam..saya nk tnya 1 soalan..puting kiri saya tmasuk sedikit ke dlm dan pendek..bayi pertama mmg sukar utk mendapatkan susu akhirnya tpaksa beri susu formula..skrg sy prgnant dan mrancang utk full ‘bf’..bagaimana cr utk mengatasi lebih awal seperti yg dinyatakan diatas..terima kasih..
Salam, saya sekarang hamil anak ke 3, berikutan keadaan anak pertama dan ke2 saya yang sering mendapat demam kerana terpaksa memberikan mereka susu formula kerana kurang arif tentang panduan penyusuan dan cara menyimpan dan guna semula susu yang disimpan, sekiranya saya memerah di pejabat dan membawa stok pulang, tempat yang manakah ianya paling sesuai disimpan samada di bahagian biasa atau sejuk beku?
dan;
Berapa minitkah masa yang saya perlukan untuk memanaskan susu yang beku menggunakan warmer?