Panduan Pemakanan Ibu Mengandung

November 28th, 2007 | by admin |





Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Piramid makanan

Piramid Makanan

Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan

Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi

Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung

Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

p/s: inginkan informasi yang lebih? Gunakan aplikasi ini..


Google

  1. 21 Responses to “Panduan Pemakanan Ibu Mengandung”

  2. By norzie on Dec 13, 2007 | Reply

    saya ingin mengetahui bagaimana cara untuk mengatasi masalah loya dan mual dan apakah makanan paling baik ketika semasa sintom loya, muntah-muntah dan mual berlaku.

  3. By norzie on Dec 13, 2007 | Reply

    saya baru diperingkat awal kehamilan. payu dara saya kadang-kadang rasa sakit dan saya menjadi tidak selesa untuk memakai bra. sekarang saya hanya memakai ’sleeve less’ sahaja sebagai baju dalam. adakah tindakkan saya itu akan memberi sebarang kesan yang baik atau buruk?

  4. By norzie on Dec 13, 2007 | Reply

    kandungan saya baru berusia 8 minggu. saya mengalami masalah sentiasa berasa sejuk yang teramat, tetapi saya tidak mengalami demam. jika saya berasa sejuk sedikit, saya akan berasa mual dan akan muntah dengan teruk. keadaan ini membuatkan saya berasa sangat tidak selesa. kenapa keadaan ini berlaku dan bagaimana perlu saya hadapi.

  5. By admin on Dec 18, 2007 | Reply

    Norzie,

    Banyak soalan Norzie….Terima kasih kerana sudi bertanya. Insya Allah, saya akan cuba jawab soalan-soalan Norzie melalui posting-posting yang seterusnya. Nak jawab melalui kotak komen ni cam tak bes sebab sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi pengetahuan tu dengan yang lain-lain. Tunggu ek…

  6. By NURUL on Jan 22, 2008 | Reply

    saya ingin bertanya macam mana pengiraan kandungan saya. last saya datang haid ialah pada 05/11/2007. selepas itu saya tidak datang lagi,dan saya pun disah kan mengandung. tetapi saya langsung tak pasti tentang pengiraan ini. saya harap dapat jelaskan kepada saya tentang pengiraan ini.

  7. By Hana on Jan 22, 2008 | Reply

    saya masih diawal kehamilan 3 minggu. saya risau dengar kawan saya gugur di peringkat 1 bulan. apa kah yang saya perlu buat bagi memastikan kandungan saya kuat. adakah dengan suka berjalan memberi effek senang keguguran.

  8. By linda on Apr 18, 2008 | Reply

    usia kandungan saya sudah mencecah 15 minggu. apa yang merisaukan saya ialah kerana saya mengalami masalah penurunan berat badan dimana, semasa diawal kehamilan berat badan saya ialah 52 kg dan yang terkini ialah 50 kg. untuk pengetahuan ukuran tinggi saya ialah 158 cm. saya kini berada diluar negara dan bakal melahirkan anak disini. saya juga mempunyai masalah iaitu kurang selera makan terutama nasi dan sayur tetapi saya banyak mengambil buah-buahan. walaubagaimana pun saya cuba untuk memastikan yang diri saya sentiasa kenyang iaitu dengan hanya memakan roti dah mee. saya juga tidak mempunyai sebarang masalah seperti mual, muntah dan pening. keadaan diri saya juga sentiasa sihat cuma apa yang merisaukan ialah adakah penurunan berat badan ini akan menganggu tumbesaran janin dan perlukah saya mengambil supplemant tambahan bagi melengkapkan pemakanan saya?

  9. By eda on May 22, 2008 | Reply

    saya ingin mengetahui pengiraan yang betul tentang berapa minggu kandungan saya. Saya difahamkan oleh doktor yang saya telah hamil selama 6 minggu. Last saya datang bulan adalah pada 3/04/08 hingga 7/04/08. Saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang pengiraan yang tepat sebab saya mengandung anak yang pertama .

  10. By masnor on Jun 21, 2008 | Reply

    saya mengandung baru dalam 7 minggu, saya nak tanya adakah kalau saya selalu naik tangga boleh sebabkan keguguran. maklumlah saya menyewa dirumah flat

  11. By lieza on Jul 2, 2008 | Reply

    salam, kandungan sya berusia 3bulan lebih skrg. yg merisaukan saya adalah sakit di pangkal ari2.rasa sakit apabila bangun dr duduk dan melakukan aktivit2 yg memerlukan tenaga yg byk. sakit tersebut dtg kdg tp menggangu kerja seharian saya.utk makluman, sya kerap melakukan seks dgn suami dan kerap orgasme.adakah itu menjadi penyebab atau ada sbb lain.mohon bg pandangan dan bantuan..

  12. By munirah on Jul 20, 2008 | Reply

    salam,
    cuba petua ni.sebelum mnum segelas air,selawat 3 kali dan berdoa supaya alahan berkurang.insyaAllah,akan menjadi

  13. By munirah on Jul 20, 2008 | Reply

    saya pernah mengalami keguguran pd usia 7 mnggu.sedih teramat.sebenarnya tak ada petua untuk menguatkan rahim.percaya pd rezeki Allah.ramai kawan saya yg lasak awal kehamilan tapi selamat jugak sampi 9bln.ada kawan yg terlalu mnjaga kandungan tapi akhirnya keguguran jugak.banyakkan berdoa.

  14. By lisa on Oct 30, 2008 | Reply

    saya ingin bertanya macam mana pengiraan kandungan saya. last saya datang haid ialah pada 31/08/2008. selepas itu saya tidak datang lagi,dan saya ada berjumpa dengan bidan/mkck bidan ni ckp sy da mgndung.lgpun sjk 2 3 mgu kbelakangn ni sy selalu skit pinggang n kat bhagian ari2.st tkot nk buat upt krne tkot kptsn -ve, n klo sy wat scan adkh bleh tau adkh sy pregnant @ x?

  15. By mas on Jun 25, 2009 | Reply

    salam..saya baru mengandung 8 minggu..masalah saya ialah pada awal kehamilan (5 minggu pertama) dulu saya berselera sangat mkn..semua saya mkn, masuk minggu ke 8 ni..tak tau la knape saya rasa lapar tapi tak berselera nak makan..semua mkn skit je..saya jgk selalu sakit gusi kalo mkn keras2..risau saya keadaan mcm ni..spatutnya saya kena mkn byk utk tumbesaran baby..tp x selera ..camane ni?

  16. By liza on Jul 9, 2009 | Reply

    saya telah mengandung 5 minggu. saya nak tahu sekiranya saya nak menurunkan berat badan dalam masa hamil. apa pendapat yang perlu saya tahu.

  17. By halimah on Jul 12, 2009 | Reply

    salam, saya mengandung 3 bulan dan disahkan kandung anak kembar. saya mengalami masalah mabuk dan kurang selera makan, keletihan dan rasa kejang dibahagian pinggang dan punggung. adakah gejala ini normal bagi ibu yang mengandung anak kembar? apakah makanan gantian kalau saya tak suka makan nasi dan ikan?

  18. By deqho on Jul 16, 2009 | Reply

    sy mgandung 6minggu,nk tanya psl cara mgatasi loya dan muntah?

  19. By ana on Aug 4, 2009 | Reply

    salam,disini saya ingin bkongsi sedikit pengalaman dan mungkin akan menjawab sedikit sbyk persoalan kwn2.saya sdg mengandungkan anak sulung.usia kandungan saya 10mggu.saya ni jenis yang suka bertanya terutama dgn doktor.saya pn dulu musykil cara pengiraan kehamilan ttp slps btanya doktor baru saya jelas n faham. mengikut doktor, mereka mengira kandungan kita dr hari pertama kita dtg period.sbb itu tarikh peroid yg tepat adalah pnting bg mereka.walaubagaimanapun usia sebenar bayi dlm kandungan kita adalah kurang smggu dr trkh tersebut.jika kandungan saya 10mggu maka usia baby saya yg sbnr adalah 9mggu.kerana smggu pertama itu adalah masa period saya.Jgn takut utk lakukan pregnancy test.Jika +re alhmdlh ttp jika sblknya kita boleh mcuba lg.smua itu adalah rezeki dr Nya.pada mulanya,pregnancy test pertama saya -re kmudian smggu slps itu period msh juga xdtg2,alhmdlh pregnancy test kali ke 2 +re dan utk lbh pasti saya telah melakukan scan dan doktor mengesahkannya mmg +re.Jadi kpd kwn2 yg msh rsau samada pregnant atau x,cubalah lakukan pregnancy test.

  20. By Roseshedah on Aug 5, 2009 | Reply

    saya ingin bertanya kandungan saya sekarang 23minggu.berat saya sebelum pregnant adalah 45kg.sekarang berat meningkat kepada 51kg,adalah normal untuk kesihatan saya dan juga bayi dalam kandungan saya.???berapa berat yang perlu saya tambahkan sehingga saya bersalin nanti???

  21. By azura on Aug 10, 2009 | Reply

    saya telah mewarnakan rambut pada kandungan berusia 28 minggu..dan kini saya risau jika ia boleh mendatangkan risiko kepada bayi yang saya kandung..

  22. By zara on Aug 13, 2009 | Reply

    sy ingin bertanya..sy hamil 1 bulan 2 minggu…sy sekarang sy dan kandungan siaht..sy tidak mengalami sebarang maslah seperti muntah.mabuk dan pening seperti mana ibu2 lain mengandung
    maslah sy sekarang simtem2 ibu mengandung ini telah dialami pleh suami sy sendiri…sudah hampir 2 minggu dia xboleh berkerja kerana muntah.mabuk.tidak lalu makan..tetapi dia tidak demam

Post a Comment