Mengidam Semasa Mengandung
Terdapat wanita mengandung yang mengalami keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Keadaan ini di panggil mengidam. Para penyelidik telah cuba menentukan sama ada wanita yang mengidam makanan tertentu kekurangan nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut. Walau bagaimana pun, ini bukanlah sebabnya dan puncanya yang sebenar masih menjadi tanda tanya.
Sesetengah pakar perubatan menjangkakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung. Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi sebab wanita mengandung mengidamkan makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.
Kebanyakan wanita mengandung mengidam makanan daripada coklat sehinggalah nasi beriani yang dijual di kedai mamak sahaja. Kadang-kadang permintaan untuk menikmati makanan yang diidamkannya boleh timbul bila-bila masa saja termasuklah pukul 2, 3 pagi (kesian suami…). Mengidam makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan tidak akan mendatangkan masalah.
Mengidam boleh mendatangkan masalah apabila ibu mengidam sesuatu yang pelik seperti tepung jagung atau benda yang bukan makanan seperti tisu, tanah liat dan sebagainya. Walau pun tepung jagung adalah makanan, pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan anda terlalu kenyang, mengganggu sistem penghadaman dan menyekat selera anda untuk mengambil makanan berkhasiat. Mengidam benda yang bukan makanan atau “pica” harus dielakkan kerana ia mungkin akan memudaratkan bayi dan ibunya. Jika anda mempunyai keinginan tinggi untuk mengambil sesuatu yang pelik atau bukan makanan, berjumlah doktor untuk langkah seterusnya.
Cuba elakkan mengambil makanan yang disenaraikan di bawah walau pun setinggi mana keinginan anda untuk memakannnya kerana ia boleh memudaratkan kandungan anda:
- Makanan laut, daging dan telur mentah atau yang tidak masak sempurna (ex: sushi, telur kampong mentah, rare @ medium steak)
- Susu atau hasil tenusu yang tidak dipasteur (ex: Mexican cheese, unpasteurised milk)
- Jus buah atau sayur yang tidak dipasteur
- Teh herba
- Alkohol
Mengidam sebenarnya tidak akan mendatangkan masalah selagi ibu mengandung mengambil diet yang seimbang. Walau bagaimana pun, berhati-hati jika anda menggemari makanan yang berkalori tinggi seperti makanan manis dan berlemak kerana ia akan meningkatkan risiko kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung.
Cara untuk mengatasi mengidam semasa mengandung adalah seperti di bawah:
- Jadikan pemakanan anda seimbang apabila anda mengidamkan makanan yang tinggi kalori. Contonya, lebihkan aneka buah-buahan dalam ais krim anda supaya seimbang nutriennya.
- Fokuskan pemakanan anda pada makanan yang rendah kalori seperti yoghurt, oat meal bar.
- Jika anda mengidam makanan yang tinggi kalori, beli saiz yang lebih kecil supaya mengelakkan pemakanan yang berlebihan.
- Jika mengidam ‘menguasai’ hidup anda, cari aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti berjalan-jalan bersama suami dan menonton wayang.
- Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak jatuh yang boleh menyebabkan anda makan berlebihan. Cuba makan makanan seimbang 6 kali sehari.
- Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
- Ambil makanan seimbang termasuk susu, bijirin, sayur dan buah-buahan.
- Sokongan moral amat penting kerana emosi ibu mengandung yang tidak stabil akan menjadikan makanan sebagai teman rapat, sedangkan pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi ibu mengandung










skrg sya mengandung 1bulan lebih,saya mengalami alahan sperti muntah-muntah,kembung perut dan kaki saya mula membengkak. oleh itu, sya ingin mengamalkan pemakanan yang sihat untuk memastikan saya sentiasa sihat begitu juga dengan janin saya.harap mendapat tunjuk ajar dari pihak anda.
sy ingin th adakah asam atau jeruk boleh memudaratkan kandungan jika selalu diambil?sy ada gastrik tp selalu mengidam asam dan jeruk.. stkt ni tiada mslh bg sy tetapi adakah kand. dlm asam atau jeruk boleh memudaratkan kandungan sy?
skrg sy pregnant 1month and 2weeks… sy belum lagi pernah muntah,rasa loya tu pun kekadang je…dalam 1weeks ada la dalam 1kali.. is it normal??
saya mengandung 2 bulan .Saya akan merasa mual dan pening setiap kali melihat peralatan yang sering saya gunakan sebelum ini , contohnya laptop.Harapan saya ia bersifat sementara akibat perubahan hormon ketika peringkat awal mengandung.Tentang makanan pula, saya akan cepat terasa lapar dan terpaksa mengunyah makanan selalu.
dia mengidam mkan macam2…tp bile makan,xabiz……….he
sy sdg hamil 6 mgu…ini anak pertama…sy x sedar yg sy hamil sehingga mengalami perubahan suhu badan,kerap kencing dan tabiat makan yg pelik…adakah memeberi kesan pd kandungan sy keran sy kerap makan nasi lemak…dr awal ketidaksedaran kehamilan sy…memberi kesan kah kepada kandungan sy…kesan pada janin sy?
skrg ni baru masuk 6 mgu sy mengandung anak pertama dan saya sering teringin nk makan apa2 je arr tp tekak sy ni rasa pahit je mcm tak selera tp nafsu makan tu ada…sy jenis yang makan nasi hanya sekali sehari mcm mana sy nk makan sehingga 6 hidangan comfirm perut sy tak blh nk terima….tolong sy…
sekarang dibulan puasa kandungan saya berusia 2 bulan. wajibkah saya berpuasa demi agama atau lebih pentingkan kandunga?
salam\salam sejahtera..sekarang sy mengandung 2 bulan anak pertama,ramai org kta,bila mengandung loya dan muntah itu perkara biasa,tapi masalah sya skarang,selapas hamil,sya kerap sakit pinggang sebelah kanan,sblm ni mmg sy da masalah sakit pinggang krna sya angkat benda berat,adakah ini akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan sya?
saya pada mulenye tidak tahu saya sudah mengandung 6 minggu, pada hari sebelum dapat tahu mengandung saya minum air gas, makan pedas semase hari raya..
skrg saya risau adakah mengganggu kandungan saya ini.. sudah 2 minggu saya makan juge asid folic, kerna ingin mengandung x sangka ia benar2 ade..
sya br je dpat thu yg sya mengandung..kandungan saya berusia 5 minggu 2 hari…….selera makan sy makin kurang…..ape yg ptut sy mkan untuk menaikkan semula selera makan
saya sedang hamil 3bulan anak pertama saya teringin sgt nk makanan laut … yang digoreng adakah sesuai untuk diri saya makan makanan tersebut ataupn ada blh menimbulkan masalah pada janin saya harap maklum
skg ni saya mengandung 3 bulan anak ketiga…kali ni saya mengandung tak boleh makan nasi…hanya sedikit saje yang boleh saya makan…itu pun hanya sekali saja dalam sehari…saya hanya nak makan kuew tiau goreng dan behoon saje…coklat pun saya mengidam sangat…saya suka makan buah jambu batu…hari2 saya makan buah jambu…adakah buah jambu bagus untuk saya..saya takut la anak saya tak dapat zat yang bagus…boleh beri kan saya cadangan yang bernas…
terima kasih
skarg sy lg hamil anak k 3, tapi anak sy k 2 usia 3thn mungkin merasa klu dia akan punya adek jd kolokan
dan suka (maaf) memegang puting susu sy dan akhirnya sekarang dia suka minta nenen
bagaimana mengatasinya sedangkan usia kehamilan sy +/- 1 bulan. Apa pengaruhnya bagi janin yg sy kandung?
terimakasih
betulkah amalan memakan telur ayam kg mentah anak akan lahir dgn kulit yang putih dan cantik… apa pula kesan terhadap bayi dan ibu itu sendiri… ada sapa tau eh….
saya sedang mengandung trimester pertama.linda..,saya sama macam awak..saya seringkali nak makan sotong dan buah buahan jenis jambu(jambu air, jambu batu/jambu botol)..
saya selalu teringat akan kedua2nya..
adakah baik makan sotong utk kandungan?
terima kasih
sekarang saya hamil 10 minggu dan ini adalah kehamilan yang pertama..saya kurang selera makan.dan deria rasa saya pahit tidak tahu lah kenapa masalah ini x hilang saya makan yang manis- manis pun tetap juga pahit…rasanya bilakah akan hilang saya x sangup menghadapinya….plz tolong saya