Manfaat Menjarakkan Kelahiran

Anda mahukan jarak umur anak-anak anda rapat? Fikirkan sekali lagi kerana jika anda mengandung selepas selang masa yang tidak sampai beberapa bulan anda bersalin, boleh membahayakan anda dan bayi dalam kandungan. Kajian terbaru dalam “American Journal of Obstetrics and Gynaecology” mendapati, wanita yang mengandung semula selepas 6 bulan bersalin akan terdedah terhadap risiko melahirkan bayi pra-matang sebanyak 41%. Risiko tersebut akan menurun kepada 14% jika anda tunggu selama 12 bulan sebelum mengandung, dan turun hampir kepada 1% selepas 12-18 bulan. Kandungan yang rapat selepas bersalin berkemungkinan membahayakan anda kerana badan anda masih lagi dalam proses pemulihan dan perlu menggantikan nutrisi yang hilang semasa kandungan yang sebelumnya dan semasa menyusu bayi.

Dalam Islam, anda digalakkan menyusukan bayi selama 2 tahun untuk pembentukan otak dan sistem imunisasi yang baik buat anak anda. Di sebalik kebaikan yang berterusan untuk bayi anda, menyusu juga boleh membantu anda menjarakkan kelahiran kerana ia melambatkan kitaran haid selepas bersalin. Jarak kelahiran yang jauh membolehkan anda memberikan tumpuan dan penyusuan sempurna kepada anak anda. Jika anda mengandung semasa anak anda masih dalam tempoh penyusuan, anda mungkin terpaksa berhenti menyusu kerana akan menjejaskan pertumbuhan bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan memerlukan nutrisi yang baik yang diperolehi dari ibunya.

Kesimpulannya, menjarakkan kelahiran adalah untuk kebaikan anda, anak anda dan bakal bayi yang dilahirkan. Kesihatan semua pihak akan terjejas dengan kelahiran yang rapat.

Tags:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

15 Responses to “Manfaat Menjarakkan Kelahiran”

  1. Salam,

    Saya pun mengamalkan menjarakkan anak. Alasannya adalah untuk memberi anak 2 tahun penyusuan penuh, kerana apabila kita start mengandung yang lain, susu akan mulai berkurang. Dan ibu akan sangat letih.

    Selain itu bila cukup 2 tahun baru mengandung semula, anak yang pertama itu sudahpun boleh bermain sendiri, untuk si ibu menumpukan perhatian pada adiknya.

  2. norlela Sani says:

    salam,
    Saya kini mengandung 1bln. Ank sulong saya baru berusia 1 tahun dan masih menyusu badan. Kini telah berkurangan hanya semasa saya balik kerja dan semasa hendak tidur. Adakah pertumbuhan kandungan saya akan terjejas dan apakah kesan negatifnya?

  3. Eina says:

    Salam,

    Saya rasa muskil tentang menjarakan anak ni.Saya tahu memang waktu yg digalakan mengandung balik ialah 2 tahun tapi kalau macam saya yg bayi meninggal dalam kandungan pada usia kandungan 9 bulan 7 hari dan bersalin macam biasa perlukah tunggu sampai 2 tahun.Perasaan ade anak dengan tiada anak selepas bersalin sangat berbeza, boleh tolong bagi pendapat tak?

  4. dina_maxis says:

    Penyusuan Bayi Ketika Hamil Kedua

    Salam,

    Saya mempunyai seorang anak berusia 1 tahun dan masih menyusu badan. Kini saya mengandung kali ke-2. Adakah perlu untuk diteruskan penyusuan ibu atau berhenti..

    Apakah masalah yang akan timbul pada kandungan saya jika saya masih menyusukan anak saya..

  5. ibu says:

    salam.
    tapi kita hanya merancang, Allah yang tentukan, saya menjalankan aktiviti penyusuan eksklusif namun disahkan hamil sebaik anak yang pertama berumur 4 bulan..

    kini, hanya bertawakal padaNya, kerana dia yang menciptakan daripada TIADA menjadi ADA..Maha besar Allah..

  6. fatimah says:

    rasanya nak jarak sampai 5 o 6 tahun
    nak repair body kulit dah tak cantik bila pregnant
    ada idea macam mana nak cantikkan balik kulit?

  7. shafinaz says:

    salam,
    saya baru melahirkan anak pertama 9 bulan yang lalu.saya tahu kebaikan menjarakkan kelahiran.cuma kadang kala terdetik di hati untuk merasai kenikmatan mengandungkan bayi.sehinggakan saya sering bertanya kepada rakan-rakan sejawatan (yang telah memiliki anak) mengenai jarak perbezaan anak pertama dan kedua atau kedua dan ketiga.

    Kadang kala pula,terasa biarlah anak pertama merasai kasih sayang dari saya dan suami lebih lama sedikit.bila perasaan sayang terhadap anak pertama timbul dengan lebih mendalam,ingin pula mengambil ubat jarak kelahiran.

  8. kema says:

    salam,,,
    saya ingin menjarakkan anak akan tetapi saya tidak berabi untuk menggunakan alat pencegah kehamilan…bagaimana

  9. wyna says:

    i wish to bf my 1st (daughter), but…..
    so, i got preggy for my 2nd (son) after 5 moth deliver. so, he was born on 37 weeks pregnancy.

    i bf my 2nd (son) until he was 1.5 years old. and i got pregy for my 3rd (daughter). she was born overdue (2 days)..hihi

  10. mamibaby says:

    saya baru melahirkan bayi pramatang pada 17 July 2010 dlm usia kandungan baru 26 minggu 1/2. tp Tuhan lebih menyayangi. dia sempat hidup selama 10 hari. selepas hampir 3 bulan saya disahkan hamil lg. skrg usia kandungan baru 4 minggu. so nak tanya, adakah kebarangkalian saya akan melahirkan bayi pramatang juga untuk kandungan yg terbaru ni. untuk pengetahuan saya bersalin awl kerana ada masalah jangkitan pada salur kencing. Masa saya bersalin anak yg sulung 3 tahun lepas saya lewat 2 hari dr tarikh jangkaan.

  11. by ika says:

    salam,anak sy dh pn msuki 2thun tp sy blum sdia lg nk tmbh yg lain so skrg sy nk cr ubat yg btul2 bksan untuk jarakkan khamilan bleh x tlg suggeskn

  12. icah says:

    Assalamualaikum… saya baru je terbaca artikel ni.. dan skarang saya mengandung anak yang kedua.. anak sulung saya sudah berusia 4 tahun.. Alhamdulillah.. tanpa bantuan apa-apa ubat dan alat pencegah kehamilan..

    Untuk berkongsi pengalaman kepada sesiapa yang mencuba untuk menjarakkan kehamilan tanpa bantuan ubat atau alat pencegahan kehamilan.. yang penting adalah kerjasama dengan suami puan.. kerana merancang dan mejarakkan sendiri kehamilan bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya suami tidak mahu bekerjasama..

  13. erni says:

    saya mengandung lagi selepas 5 bulan bersalin anak pertama.memang seronok bila selamat melahirkan anak kedua tapi sering rasa bersalah bila anak pertama nak bermanja ketika saya berpantang. saya tak dapat nak melayannya seperti biasa sbb dlm pantang. sedih betul.

  14. cik as says:

    mmg banyak kebaikan jarakkn kelahiran tp mcm sy sudah rancang tp rezeki tuhan tentukn dan saya terima dengan hati terbuka.mmg perlu banyak pengorbanan jika ank2 msih kecil xcukup tido,rehat malah ms makan pn xtentu.24 our kna bg perhatiaan coz ank2 msih kcil.tp kdang rasa xmampu nk handle semua yg penting dorongan dr suami ibu n mertua atau yg terdekat itu yg penting .

  15. leen says:

    Anak saya yang pertama berumur 10 bulan.Syukur saya pada Tuhan kerana dapat melahirkan zuriat yang pertama buat suami saya yg sudah berumur 50tahun.Gembira sangat tgk dia mendukung anaknya sendiri ( kalau org lain dlm umur begini, sudah boleh mendukung cucu heheheh) Alhamdulilah sekarang saya tgh mengandung anak kedua, 10 minggu. Saya tak berkesempatan menyusukan anak saya yg pertama sehingga 6 bulan kerana anak saya dilahirkan kecil dan dia selalu menangis sebab susu saya kurang. Alhamdulilah sekarang dia dah besar seperti bayi normal yang lain. Saya berharap kelahiran kedua nanti memberi peluang untuk saya menyusu bayi saya sekurang-kurangnya sehingga dia berumur 6 bulan. Doakan yang terbaik utk saya yer.

Leave a Reply