Kesuburan wanita selepas 40 tahun
Tahukah anda tentang kesuburan wanita selepas 40 tahun? Menurut doktor pakar kesuburan wanita, berikut merupakan jumlah telur yang dihasilkan wanita sepanjang hayatnya sehingga umur 40 tahun:
- Janin: 7 juta telur
- Selepas dilahirkan: 1-2 juta telur
- Baligh: 400, 000 telur
- 30 tahun: 52,000 telur
- 40 tahun: 12,000 telur
Menjelang umur 40 tahun, telur yang tinggal kebiasaannya kurang kuat dan risiko untuk gugur adalah tinggi. Kebarangkalian untuk mengandung pada umur 40 tahun adalah 2-4% berbanding 10% pada umur 25 tahun setiap kali kitaran kesuburan.
Kesimpulannya, cubalah untuk mengandung di usia muda kerana kebarangkalian untuk mendapat anak yang sihat dan cerdas adalah lebih tinggi. Apa-apa pun, banyakkan berdoa kepada Tuhan supaya anda dan anak yang dikandung dalam keadaan yang baik









