Alahan Semasa Mengandung
Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.
Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
Cara mengatasi alahan
Makanan
- Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
- Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
- Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
- Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
- Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
- Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
- Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
- Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
- Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
- Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
- Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
- Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
- Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
- Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
- Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
- Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
- Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
- Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
- Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
- Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
- Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
- Berat badan anda menurun dengan banyak.
- Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
- Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
- Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.
P.S: Bagi sesiapa yang ingin berkongsi cara berkesan mereka mengatasi alahan semasa mengandung, adalah sangat dialu-alukan!Jika anda ingin meneruskan pencarian anda dalam bab ini dipersilakan untuk mencarinya dengan menggunakan butang ini










assalamualaikum
alhamdulillah, kini kandungan saya masuk 4 bulan, saya mengalami alahan biasa, muntah, pening2, cume yang pelik setiap pagi saya mesti cirit birit, tapi cume dalam waktu pagi sahaja. perkara ni berlaku sejak kandungan saya sebulan lagi
salam.saya mengandung ank yg ke 2 tetapi punya masalah yg teruk dr ank pertama…rs mual sampai muntah setiap hr,kini kandungan sya sudah pon msuk 2 bln.lg 1 masalah saya mempunyai air liur yg byk..adakah ini pon disebabkan hormon?
CUBALAH G CEK UTK PGESAHAN KRN KEADAAN PUAN SAMA DGN SAYA…DULU SYA PUN TKUT N KELIRU JGA..ALHAMDULILLAH DH CEK..POSITIF..ORG TUA2 KATA KLAU MCM TU BUNTING PELANDUK NAMENYE..
Assalam semua..
masa saya mengandungkan anak sulung,saya juga mengalami alahan yg teruk,hinggakan saya tidak boleh naik keta,mesti pening & nak muntah,saya hanya nak bau limau & nak mkn nasi goreng yg diletak bawang merah sahaja,selain itu,akan terkeluar semula..but skrg saya hamil anak kedua,terasa pening & mual juga tp ada kwn saya nasihat kan agar saya jgn ikutkan semua itu,coz semua itu adalah pshycology kita shaja..klu kita asyik fikir mmg akan jd,coz member saya dr anak 1st smpai na msuk ke3 ni xde pun alahan & pening2,malah dia sgt aktif & cergas..so bila saya buat mcm tu mmg betul..
Saya nak tanya,adakah selepas melahirkan ank akan menjadi perubahan dlm sensitiviti hormon kita terhdap makanan yg diambil.selepas saya melahirkan anak pertama,saya tida boleh langsung mengambil mkanan laut(seafood),klu sy mkn juga,saya akan mengalami alahan & gatal2 di tangan & kaki..ianya bermula ketika kandungan saya dlm usia 8 bulan ke atas..mak & suami saya hairan kerana sebelum ini saya boleh je mkn seafood…
Salam.. Sy sdg mgandung 2 bln n sy mpunyai alahan yg amat teruk.. Sy hilang selera mkn n stiap kli sy mkn,sy akan mmuntahnya smula.. Sumtym sy muntah shingga sy trasa masam skali.. Doc mgatakan bhawa sy mgalami gastrik asid yg blebihan d dlm bdn.. Bkn shaja alahan dgn mknan,sy jgak mgalami ksesakkan nafas smasa baring hingga myebabkan sy x blh tdur nyenyak.. Sy btl2 x tahan dgn keadaan sy skg.. Bantulah sy bgaimana mgatasi mslh ini??
salam………..sekadar berkongsi pengalaman. may be blh mengamalkan bersama2 para suami setiap kali selepas solat fardhu 3X baca zikir ini. uiezuhu bil wa hidissomad min syarri kulli zi hasad…. insya allah mudah2an mndapat peliharaan dari allah dr awal mengandung hingga bersalin buat ibu& bayi dalam kandungan insya allah……amin
salam..
isteri saya skang hamil 2 bln..alhamdulillah..cme alahan dia trlalu truk..dia tidak boleh dekat dgn saya dan apabila didekati, dia akn rasa mual dan strusnya mntah..kami trpksa tdur dibilik brasingan dan ini memberikan tekanan kpd saya tetapi dihadapannya saya brpura2 ok supaya tidak merunsingkannya..boleh tak sapa2 berikan petua dan pndapat utk hdpi mslh ni..tq
Saya mengandungkan anak pertama dan sekarang kandungan saya sudah berusia 3 bulan 1 minggu. Dua minggu yang lepas saya dimasukkan ke wad kerana dehidrasi. Berat badan saya berkurang sebanyak 5kg. Masalah muntah saya hadapi setiap hari. Bukan sahaja muntah tetapi pening kepala, badan lemah serta tidak bermaya, perut rasa tidak selesa, saya lapar tetapi tidak boleh makan disebabkan tiada selera. Saya juga khuatir dengan kerja, fikiran saya runsing. Saya asyik MC sahaja. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa saya begitu lemah. Suami pula kerja di PD dan saya di KL. 2 kali seminggu baru beliau pulang. Saya sendiri sedang berkira-kira mahu berhenti kerja tetapi kewangan yang tidak begitu stabil memaksa saya gagah untuk terus bekerja. Bos di tempat kerja juga tidak suka akan keadaan begini. Dia juga sudah muak dengan MC saya yang banyak itu. Moga Allah berikan saya kekuatan untuk hadapi semua ini. Fikiran saya juga sangat kusut.
pada 2minggu hamil, saya dapat rasakan perubahan pada puting payu dara saya.. sakit dan sensitif..tp, saya tak tahu saya mengadung ketika itu.. lepas beberapa hari saya ambil keputusan buat ujian UPT..dan alhamdulillah hasilnya positif.. sekarang kandungan saya dh masuk sebulan.. tp, masalah saya, saya selalu rasa sebu perut, gastrik bila lewat makan, dan masalah yang paling besar. terasa sangat lewat dan lesu.. saya selalu mengantuk walaupun sudah tido berjam-jam.. mcm mana saya nak atasi masalah lemah dan lesu ini?? kerana sukar saya untuk menjalani urusan rumah tangga seharian..
salam.hai semua…saya juga nak kongsi pengalaman…seperti anda yang lain saya juga mengalami masalah alahan. dan apa yang anda alami pun saya juga turut alami. Nak cuti selalu tak bolehcoz kita kerja ngan goverment.Jadi yang paling penting ialah suami..kalau dapat dorongan dari pada dia…pasti akan rasa lebih selesa…harungi lah saat2 mengandung ini dengan tabah…kerana tidak semua orang diberikan peluang seperti kita…..saya kini mengandung anak ke empat…dan berharap Allah bagi kekuatan untuk saya teruskan…kandungan ini hingga selamat melahirkan nanti…aminn
salam…………period sy dh lewat hampir 4 minggu .. tp sy masih lagi tak chek up di klinik…. kemungkinan besar st mengandungkan anak ke 2…. its problm…wlpn bru 3- 4 minggu .. alahan sy sangat 2 terukk…… sy mengalami demam n sakit tekak dan batuk…… badan lemahh sanagat 2.. loya seta pening yg erpanjangan…….. ini menyebabkan….. sy x mampu nak uruskan hal rumahtangga seharian……ada tip ….. yg sesuaii degan sy atau suggestions suplemen tambahan for me.. thankk
saya pun mengalami alahan yang teruk setiap kali hamil…. malu pun ada kerana sentiasa ambil mc,,, masa kerja,,, bg wanita yg tiada alahan bersyukur lah anda,,,kerana mengalami alahan satu pengalaman yg paling pahit sepanjang tempoh kehamilan,,
bagus la klu tak mabuk.. tapi sy mabuk lagi teruk bila mengandungkan ank kedua ni. sekarang kandungan baru mencecah 2 bulan.. masa mengandung ank pertama mabuk saya hanya hilang selepas kandungan mencecah 5 bulan
salam…saya dah berkahwin selama 6 bulan… tapi masih belum dikurniakan zuriat..Akan tetapi..bulan ini tadi haid saya lambat 18 hari..tapi apabila ujian air kencing masih -ve. simptom2 seperti muntah2, sakit2 badan semua 2 saya alami… seblum itu, hari sepatutnya sy dtg haid..cuma sedikit saja..hari keesokkan nya tiada lagi…persoalannya..adakah seseorang itu mengandung walaupun datang haid?? saya keliru..
Salam..sy Br hamil anak pertama.tepat sebulan berkahwin saya disahkan hamil.kira bunting pelamin la.minggu pertama sy da mengalami sintom2 kehamilan muntah,loya,sakit kepala n sakit pada perut.dan perubahan paling nyata sy jadi kuat tido siang..pada mulanya sy tak selesa dengan keadaan ini tapi lama kelamaan sy dapat atasi dengan baik.sy kerap makan banyak minum air dan buat kerja rumah.walaupun pergerakan terbatas tp sy cuba gagahkan badan untuk membuat kerja supaya sy berpeluh.bila berpeluh badan terasa segar.bila hujung minggu pula sy banyak kan berjalan di tempat2 rekreasi supaya fikiran lebih tenang dan tak terlalu memikirkan tentang kesakitan akibat alahan.sy berharap agar ibu hamil dapat bersabar dan Melalui proses kehamilan dengan baik.itu sahaja pandangan yang ingin sy kongsikan bersama
alhamdulillah kerana berjaya bersabar dengan ujian Tuhan
. Memang benar syurga di bawah tapak kaki ibu
insha ALlah menyambut baik ujian Allah dengan kesabaran insha Allah akan mendapat keberkatan, ameen
the best thing ialah berjumpa dengan pakar, maaf puan saya tidak dapat membantu dalam hal ini.
salam..saya dah hamil 2 bulan lebih,masalah saya skang ni,saya mengalami muntah2,menyebabkan saya kurang makan..terutamanyr nasi.saya risau gak keadaan jd cm ne,ada jumpe doktor,tp katenye tu biasa je,dan dia ada beri saya ubt vitamin dan muntah..tpi keadaan sama je,makanan ape yg baik utk bayi dan saya bgi menggantikan nasi yg saya x bole d makan..plszz
slm..sy mglmi alahan bermula W7..xble mkan lauk,kcuali ikan krg@ikan blis..kalu mkan msti muntah balik..bl dah stat muntah,ia berlanjutan smpai xde apa2 yg kuar,yg klaer coklt pekat je yang kuar,,,smpai lgsung xble msuk mknan,nk minum pn sakit sbb kerongkong luka..cma ada 1 tips utk share..bl nk muntah@rs loya,,kemam gula2 mints smpi btl2 rs xnak muntah..alhmllah,berkesan untuk sy..smga untuk kalian juga,,
sy pun nak berkongsi dgn puan2…cfrm pregnant 2 1/2 utk anak yg 1st tp loya dgn muntah..pening kepala dari buka mata sampai la mlm..aduhai..tak tertanggung rasa nya…tiap 1/2 jam pergi toilet muntah…kerja pun tak siap dari pagi sampai petang…moody…nak marah saja…cemburu lihat kwn2 sehat saja berkerja, berselera mkn…tuhan…tlg la aku mengatasi masalah ini..
saya nak tanya kenapa sepanjang akak saya mengandung selama 4 bulan nie dia selalu saja keluar air liur tanpa henti. kalu ade petua kongsi2 lah….. dah kesian saya tengok kat dia…… wassalam