Srikandi Mama Kembali!

October 16th, 2008 | by admin |

Salam sejahtera!

Saya kira masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya kepada anda semua. Bagi saya, pengalaman beraya di perantauan agak berlainan dengan beraya di kampung halaman. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik di negeri sendiri. Pada hari raya, di USA tidak cuti dan saya sibuk dengan kerja-kerja PhD saya yang tiada kesudahan. Kesibukan menghalang saya untuk memasak sebarang juadah istimewa buat keluarga. Kesian suami saya….

Setelah berbulan-bulan lamanya saya menyepikan diri, saya terfikir tidak patut saya terus menghampakan pengunjung Srikandi Mama yang kian lama meningkat walaupun saya tidak menghantar sebarang posting terbaru. Segala komen dan pesanan dari anda semua, amat saya hargai. Oleh itu, saya akan berusaha untuk menghantar posting terbaru sekurang-kurangnya seminggu sekali khas untuk para pembaca Srikandi Mama. Posting terbaru saya mungkin pendek, tapi berguna buat anda sebagai wanita, isteri dan ibu. Teruskan memberi sokongan dan membaca Srikandi Mama!

  1. 4 Responses to “Srikandi Mama Kembali!”

  2. By hasmah on Nov 23, 2009 | Reply

    hai srikandi mama skrg ni u berada di us la yer.i nk mintak nasihat sikit daripada u.i ni bekerja di jab kerajaan dah berkahwin dan mempunyai 2 org anak.sy berazam tahun 2010 ni nak mula sambung belajar.mula2 nak kena ambil spm dulu sbb result spn yg dulu tu truk sgt.tk ckup syarat tuk i nk masuk u.so bleh tk bagaimanakan caranya sy nk sambung study,berkenaan dgn masa da jadual belajar.

    tlg lah yer
    saya yg buntu

  3. By admin on Nov 24, 2009 | Reply

    hi,
    saya rasa nak ambil spm semula mungkin sukar bagi ibu yang bekerja sepenuh masa, cadangan saya ialah
    cuba tanya institusi yang menyediakan pra-diploma/diploma. Saya kira pengalaman puan bekerja akan
    diambil kira oleh institusi berkenaan.

    Berkenaan masa belajar, terus-terang saya katakan…memang mencabar bila sudah berkeluarga. Tapi, insya Allah, jika suami menyokong, beban akan berkurangan. Bila saya kata sokongan, bukan sahaja sokongan moral yang diperlukan, tapi juga sokongan bantuan dengan menjaga anak2 dan juga kerja2 di rumah seperti mengemas dan memasak. Pendek kata, tanpa sokongan dan redha dari suami, peranan puan sebagai isteri, ibu, pelajar dan pekerja akan kucar-kacir. Insya Allah, dengan semangat dan bantuan dari suami, niat puan untuk belajar semula akan dipermudahkan. Good luck yer :)

  4. By farah on Dec 12, 2009 | Reply

    salam..hi srikandi mama..wah, hepinya dia kat sana..puan, mgkin saya x layak utk komen di website ni memandangkan saya baru berumur 20thn(thn 2010,21 thn)..belum pn bergelar ibu atau isteri…tp saya sgt suka mendgr cerita puan blaja di sana..saya ada masalah..sy sdg mengikuti Dip in Sc kat uitm..tp saya sbnarnya br tahu yg sy TIADA CITA2 dlm idup ni..saya x tahu minat sy dan kelebihan saya..tolong la saya utk menjadi seorg yg mempunyai cita2 dan inspirasi dlm idup…( x tahu nak sambung apa utk degree sbnarnya…)

  5. By admin on Dec 21, 2009 | Reply

    salam….alhamdulillah, dia mmg happy kat sini. sesape pun boleh komen kat website nih selagi ape yg dikomen tak melampaui batas :) Masalah adik ni sama mcm masalah saye—–> takde cita2 dan tak tau minat apa. sebenarnye, adik sendiri yg kena selesaikan masalah ni. bagi saye, saye cuma ikut dan rebut peluang apa yg ada depan mata. saye hanya minta petunjuk dari tuhan agar diberikan jalan yg baik bagi saya ikuti. alhamdulillah, jalan hidup saya setakat ini dipermudahkan-Nya. klu boleh, cuba cari juga kelebihan dan minat adik, sbb, klu adik pilih bidang yg diminati, insya Allah, adik akan enjoy belajar atau bekerja dlm bidang tu. satu lagi, cari ilmu yg boleh diaplikasi masa bekerja supaya ilmu tu tak dilupakan. sekadar tips tambahan, utk berjaya dlm hidup, tak semestinya belajar secara formal di universiti saje. byk lagi ilmu2 lain yg boleh kita boleh pelajari sendiri. harap2 ape yg saye tulis ni, kalau tak byk tolong, sikit pun jadilah yer….

Post a Comment