Salam dari Amerika!

February 19th, 2008 | by admin |

Salam sejahtera pembaca!     

                                                                                             

Dua bulan lamanya saya menyepikan diri tanpa sebarang posting dan jawapan kepada komen pembaca. Mesti anda tertanya-tanya bilalah posting baru nak keluar….Minta maaf bebanyak. Buat pengetahuan anda semua, saya baru saja melanjutkan pengajian di Kansas State, Amerika Syarikat. Keadaan saya yang sibuk dengan urusan untuk ke luar negara menghalang saya untuk menulis secara aktif buat pembaca Srikandi Mama.

  

Saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sejuk di sini. Suhu di sini boleh mencapai serendah -10°C dan udara sangat kering. Apabila salji turun, perjalanan ke kampus yang memakan masa 25 minit berjalan kaki, seumpama pergi berperang. Berperang dengan kesejukan dan angin dingin yang menusuk sehingga ke tulang kering! Irfan, anak saya yang biasa bersinglet saja di tanahair, biasanya akan mengamuk kalau dipakaikan stokin atau baju sejuk. Kecuali, kalau diberitahu nak keluar, dia sendiri akan mencari stokin untuk dipakaikan. Bukannya apa, seronok Irfan main salji…

  

Keadaan belajar sewaktu anak dara dan sekarang, nyata berbeza. Kalau dulu, masa memang untuk diri sendiri sepenuhnya. Sekarang, masa sebagai pelajar, isteri dan ibu perlu diagihkan dengan sebaiknya. Terus terang, memang mencabar! Alhamdulillah, bantuan dan sokongan yang padu dari suami tercinta dan keluarga tersayang memudahkan keadaan. Segala pengorbanan mereka amat bererti bagi saya…..

  

Sekali lagi beribu kemaafan saya mohon kepada pembaca setia Srikandi Mama. Kesibukan menghalang saya menghantar posting buat seketika. Insya Allah, saya akan mencuri masa untuk menghantar posting-posting baru yang menarik, khas untuk anda semua….. Dalam masa yang sama, doakan saya berjaya di sini dan dapat kembali ke tanah air cepat-cepat!

   

Salam sayang,

Moderator Srikandi Mama

  1. One Response to “Salam dari Amerika!”

  2. By Lina on Apr 10, 2008 | Reply

    Asmkm,
    Wah bestnyer Sikandi Mama dpt gi ke luar negeri, sambung belajar ke? Sblum ni kerja dgn govt ke swasta? ……
    Saya masih lagi disini.
    Keep in Touch!

Post a Comment