Melompat – Bantu Bina Tulang

Pernahkah anda terfikir bahawa MELOMPAT merupakan salah satu komponen penting untuk membina tulang yang kuat bagi anak anda? Penyelidikan yang telah dijalankan di Oregan State University melibatkan kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun telah membuktikan bahawa melompat membantu dalam pembentukan tulang yang kuat. Dalam penyelidikan tersebut, kanak-kanak disuruh melompat dari ketinggian 2 kaki ke bawah sebanyak 200-300 kali seminggu selama 7 bulan. Hasilnya, kanak-kanak ini menunjukkan peningkatan ketumpatan tulang paha sebanyak 3-8%. Tunggu apa lagi? Galakkan anak-anak anda keluar dan lakukan sebarang aktiviti yang melibatkan lompatan!

Tags: , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

3 Responses to “Melompat – Bantu Bina Tulang”

  1. Ini lah aktiviti yang paling digemari abdullah. Dia akan letak sesuatu yang lebut di bawah katil dan lompat ke bawah dari atas katil. Dia seronok sangat bab melompat-lompat ni.

  2. lynn says:

    terima kasih kerana memberitahu…selama ni tak tau pun melompat ada juga kebaikan…selama ni ingat boleh kurus je…insyaAllah lepas ni sy akan galakkan anak2 membuat aktiviti ni di kawasan padang depan rumah…

  3. EMMA says:

    anak saya memang suka melompat….
    selagi mata dia x tidur di waktu malam, selagi tu la dia x berhenti bercakap dan melompat…
    anak saya sangat aktif…
    terlalu aktif blh menyebabkan apa2 risiko buruk x….???

Leave a Reply