Bayi Kembung Perut

Definisi kembung perut
Kembung perut terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut.

Simptom bayi kembung
Bayi yang kembung biasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya keras dan terik.

Mengapa bayi kembung
Bayi yang kerap kembung perut perlu disendawakan setiap kali menyusu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung perut berbanding bayi menyusu botol. Bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yang keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara yang ditelan. Walau bagaimana pun, bayi yang menyusu badan juga harus kerap disendawakan jika dia menyusu dengan cepat atau aliran susu anda agak laju. Kekacang yang dimakan oleh ibu menyusu dikatakan boleh menyebabkan perut bayi kembung tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Bayi menyusu botol lebih kerap kembung kerana banyak menelan udara akibat daripada aliran susu yang laju. Pastikan saiz lubang puting bersesuaian dengan umur bayi anda (ex: saiz S bagi bayi baru lahir sehingga 3-4 bulan). Pastikan juga botol susu disendengkan sehingga susu menutupi permukaan lubang puting susu untuk mengelakkan banyak udara bercampur semasa bayi menyusu.

Bagaimana mengatasi kembung perut

1) Sendawa

Terdapat 3 cara untuk sendawakan bayi:

  • Sandarkan bayi anda pada bahu dan tampu punggungnya dengan lengan anda sementara tangan anda yang sebelah lagi menggosok belakang bayi. Ini kebiasaannya cara yang paling mudah untuk sendawakan bayi anda.
  • Dudukkan anak anda dengan merehatkan dagunya di atas lengan anda apabila tangan anda memegang bahunya yang bertentangan dan gosok belakang bayi.
  • Letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.

2) Tuam perut

Di Malaysia, bayi kembung perut biasanya akan dituam dengan bungkusan pasir atau beras yang dipanaskan sehingga suhu yang bersesuaian. Pasir atau beras boleh dipanaskan dalam kuali atau panaskan terus dalam bungkusan dengan menekap seterika panas pada bungkusan. Tuamkan dahulu pada kulit anda untuk memastikan suhu bungkusan tidak terlalu panas dan tuamkan pada perut bayi. Pastikan badan bayi dilapik dengan kain dahulu supaya kulit tidak melecur. Rasionalnya, udara akan dipecahkan dengan peningkatan suhu perut dan kemudian keluar dari bayi sama ada melalui kentut atau sendawa.

3) Ubat

Jika bayi anda mengalami kembung perut yang teruk, doktor atau ahli farmasi mungkin akan menyarankan supaya mengambil “Infacol” yang mengandungi “simethicone” yang mana ia akan mengeluarkan udara dalam kuantiti yang banyak. “Gripe water” juga dikatakan boleh megeluarkan angin dalam perut bayi dengan efektif. Kandungan herba (dill, fennel, halia, etc) dalam “gripe water” akan memanaskan perut dan memecahkan angin sementara sodium bikarbonat meneutralkan asid dalam perut. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan ubat-ubatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

10 Responses to “Bayi Kembung Perut”

  1. susan says:

    My second daughter, 25 months experience the flatulen and vomiting after eating/drinking I think she has “kembung” , the doctor has given medicine antibiotics, pankreon… still no improvement after a few days, what do you think …? thank you anyway for the information

    susan-jakarta-Indonesia

  2. brando says:

    baik untuk semua terima kasih

  3. hafiymama says:

    my bb boy kini berusia 2bln.ttp yg mnjadi kemusykilan,is since umur die seminggu sy dapati perut die agak besar.pernah 2mlm tu die asyik nangis malam smpai kesubuh.i was thinking might be he has kembong.so i buatlah mcm2 like bagi die gripe water, n urut2 perut die ngan yuyee oil, n then i demah perut die.Alhmdullillah his ok till now but then i stil worry coz perut die stil besar n when ketuk2 kat perut die tu ade bunyi mcm tin kosong.how is it hah? anyone can giv me some advise?

  4. hafiymama says:

    by d way, utk pengetahuan sumer,i ade mgambil mkanan like kekacang n also minum jamu..i jg selalu minum sejuk n bergas like coke..is it might be becoz that? pls reply me:-)

  5. fatimah says:

    kat sana ada jual minyak yuhyi cap limau tak?
    biasa elok utk kembung perut

  6. lily azeyan says:

    saya baru saja melahirkan anak pertama. anak saya baru berumur 2 bln…die setiap hari pasri akan menangis kerana kembung…saya memberikan susu botol pada sebelah siang dan susu badn pada sebelah malam..adakah susu botol yg diberikan tidak sesuai..??untuk pengetahuan, saya mencuba memberi susu tepung(lembu) dia tetap kembung…dan sekarang saya cuba bagi susu isomil..berasaskan soya…

  7. hairmurni says:

    sy baru ja melahirkan anak pertama.anak sy baru berusia 3 minggu,dia setiap hari menangis kembung perut terutama sekali pada sebelah malam,kembung perutnya menyebabkan dia tdk tidur malam dan sering muntah. ibu sy ada memberi tahu yg urut pada bahagian bawa perutnya dan punggungnya tetapi kembung perutnya masih lg ada, bagaimana cara yg berkesan untuk masalah bayi kembung perut?

  8. nurul says:

    boleh ker bayi yg umur 25 hr minum gripe water 2?

  9. ida says:

    salam,

    sejak sy melahirkan ank dri bpantang hinggalah sekarang ini, sy berikan susu enfalac a+ pd ank sy, hingalah kini umur ank sy memcecah 7bln, dan ank sy sering mengalami masalah kembung perut yg amat teruk sekali..hampir tiap² mlm, ank sy meragam apabila selepas penyusu susu tersebut dberikan..bebagai cara tradisional r moden telah sy brikan namum resultnya hampeh…dan setelah sekian lama susu tersebut (enfalac a+)dberikan kemungkinan susu yg tersebut x sesuai untuknya, oleh yg demikian bru semalam sy telah memberinya susu isomil yg berasaskan soya…dan sy melihat keputusanya semalaman ank sy tidur dengan nyenyak sekali tnpa meragam…1. adakah e2 tandanya susu isomil tersebut sesuai denganya yg sering kembung perut

    2.adakah susu isomil sesuai ngan baby yg mengalami kembung perut selain untuk curit birit.

    3. adalah susu tersebut (isomil) ada pe² effect d kemudian kelak????

    4. apakah isomil baek untuk penubuhan IQ baby yg sedang berkembang..

  10. norfauziana says:

    anak saya sudah berusia sebulan….dan menyusu badan…bayi saya tidak kerap menangis, tetapi kerap muntah….adakah itu menunjukkan anak saya kembung perut??

Leave a Reply