Srikandi Mama » Sihat dan Cantik

Cara basuh rambut dengan betul
<fb:like href="http://comelnya.com/sihat-dan-cantik/cara-basuh-rambut-dengan-betul" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>

Kebiasaannya, apabila kita mandi, rambut dibasuh dengan rutin biasa. Basahkan rambut, busakan syampu di kepala dan bilas. Hakikatnya, terdapat beberapa perkara yang harus dititik beratkan semasa membasuh rambut seperti berikut:

1) Rambut boleh dibasuh setiap hari

Sesetengah jenis rambut seperti rambut yang halus teksturnya, boleh dibasuh setiap hari kerana ia lebih mudah berminyak dan mengumpul kekotoran berbanding rambut yang bertekstur kasar. Rambut kerinting biasanya mempunyai tekstur yang lebih kasar dan tebal, maka, tidak memerlukan cucian setiap hari.

2) Pilih syampu dan perapi yang besesuaian dengan rambut

Terdapat pelbagai produk syampu dan perapi di pasaran. Pastikan anda memilih produk yang bersesuaian dengan tekstur dan rambut anda. Anda mungkin perlu mencuba beberapa produk sebelum menemui produk yang sesuai dengan rambut anda.

3) Hilangkan kekusutan rambut sebelum mandi

Rambut yang basah lebih mudah gugur dan putus. Jadi, hilangkan kekusutan rambut dengan menggunakan sikat atau jari sebelum membasuh rambut. Jika tidak, kiralah berapa banyak rambut anda yang gugur jika anda cuba meleraikan kekusutan semasa membasuh rambut.

4) Anda tidak memerlukan jumlah syampu yang banyak

Semasa mencuci rambut, anda mungkin menggunakan jumlah syampu yang berlebihan. Bagi yang berambut halus dan lurus, jumlah syampu yang diperlukan hanya sebesar duit 1 sen, manakala bagi yang berambut tebal dan bertekstur kasar, jumlah yang diperlukan adalah sebesar 20 sen. Bagi yang berambut panjang, tambahkan sedikit lagi jumlah syampu. Jika rambut anda sangat berminyak atau anda menggunakan produk penggayaan rambut (contohnya gel atau spray), anda mungkin perlu membasuh rambut dua atau tiga kali.

5) Cara penggunaan syampu dan perapi adalah berbeza

Apabila menggunakan syampu, mulakan dengan mencuci di akar rambut sehinggalah ke hujung rambut. Sebaliknya bagi penggunaan perapi, sapukan di bahagian hujung rambut diikuti sehingga ke akar. Hujung rambut lebih memerlukan perapi berbanding rambut di akar kerana ia lebih kering dan rapuh.

6) Elakkan penggunaan air yang terlampau panas

Air yang terlampau panas akan mengakibatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering kerana ia akan membilas jua lembapan dan minyak semulajadi.

8 Makanan yang menghilangkan bau
<fb:like href="http://comelnya.com/sihat-dan-cantik/8-makanan-yang-menghilangkan-bau" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kebiasaannya akan ada masanya bila anggota badan kita akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya, bau kaki, bau mulut dan bau ketiak. Tahukan anda makanan yang boleh didapati di pasar atau dapur boleh mengatasi masalah ini? Artikel ini mencadangkan 8 makanan yang boleh membantu mengurangkan bau di badan anda.

1) Daun sirih – Menghilangkan bau badan

Semasa mandi, gosok daun sirih yang telah diramas-ramas di sekitar badan yang kuat berbau (contohnya ketiak) dan biarkan beberapa minit. Kemudian bilas dengan air dan mandi seperti biasa. Sirih yang direbus dengan air juga boleh diminum sehari sekali bagi mengatasi masalah bau badan kerana sirih mempunyai bahan antiseptik yang membunuh kuman dan menyahkan bau badan.

2) Daun pudina dan pasli – Menghilangkan bau mulut

Daun pudina dan pasli mempunyai kandungan minyak yang boleh menghilangkan bau dan memberikan rasa segar dalam mulut. Walau bagaimana pun, jika anda mempunyai bau mulut yang serius yang bukan disebabkan oleh makanan (contohnya bau bawang), rajinkan diri berjumpa doktor gigi kerana ianya berkemungkinan disebabkan masalah gigi atau gusi.

3) Susu – Menghilangkan bau mulut

Mulut berbau bawang putih? Kurangkan bau bawang putih dengan minum susu. Kajian mendapati lemak dalam susu bertindak balas dengan sulfur dalam bawang putih (yang menghasilkan bau busuk) boleh mengurangkan bau bawang putih.

4) Makanan bersitrus – Menghilangkan bau badan yang serius

Buah bersitrus seperti limau, lemon dan limau nipis boleh menghilangkan bau di permukaan kulit. Kandungan asid yang tinggi dalam makanan ini membantu menyah-bau peluh. Di samping itu, apabila ia dimakan, kandungan seratnya yang tinggi membolehkannya bergerak dalam badan dengan kadar yang lebih perlahan untuk menyerap toksin yang mengakibatkan bau badan. Jadi, bila agak-agak bau badan tu agak kuat, silalah makan buah bersitrus atau minum air limau nipis setiap hari. Bau badan insya Allah akan berkurang di samping anda menambah bekalan vitamin C .

5) Cuka – Menghilangkan bau kaki

Kandungan asid yang tinggi dalam cuka membantu membunuh bakteria, sekaligus menyerap peluh kaki. Kedua-dua faktor ini merupakan sebab utama kaki berbau busuk apabila memakai kasut dalam jangka masa yang lama. Campurkan 1/2 cawan cuka dan 1 besen kecil air. Kemudian, rendam kaki anda selama 20 minit.

6) Tepung jagung dan serbuk penaik – Mengurangkan bau kaki

Apabila anda memakai kasut tertutup, peluh yang terperangkap dalam kasut menyebabkan kaki berbau. Tepung jagung atau serbuk penaik membantu menyerap air peluh yang terkumpul dalam kasut. Taburkan sedikit tepung jagung atau serbuk penaik dalam kasut anda sebaik sahaja anda sampai di rumah.

7) Teh – Menghilangkan bau kaki

Teh hijau atau teh biasa mempunyai kandungan tannin yang tinggi. Tannin membantu mengurangkan kadar perpeluhan kaki, sekaligus mengurangkan bau kaki. Peluh yang bertindak balas dengan bakteria pada kaki atau kasut anda mengakibatkan bau yang sangat tidak menyenangkan. Dengan kurangnya kadar perpeluhan, bau kaki akan berkurangan. Rebus seteko teh dan campurkan dengan air dalam besen yang boleh memuatkan kedua-dua kaki anda dan rendam selama 10 minit. Anda boleh mengamalkannya setiap hari atau selang sehari. Kaki anda mungkin menjadi sedikit coklat disebabkan oleh pigmen gelap yang terdapat dalam teh. Jangan risau! Basuh kaki anda dengan sabun dan bilas dengan air, maka warna tersebut akan hilang.

8 ) Timun – Menghilangkan bau badan

Timun boleh bertindak sebagai anti-peluh. Gosokkan hirisan timun di bahagian badan yang berbau untuk mengurangkan kadar perpeluhan. Insya Allah, bau badan akan berkurangan.

Ada tips lain untuk menghilangkan bau dengan menggunakan bahan semula jadi? Kongsi-kongsilah

Selamatkah ajinomoto/monosodium glutamate (MSG)?
<fb:like href="http://comelnya.com/sihat-dan-cantik/selamatkah-ajinomotomonosodium-glutamate-msg" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>

Ajinomoto atau MSG merupakan penambah perisa atau aditif makanan yang banyak terdapat dalam makanan diproses dan di restoran. Walaupun FDA (Food and Drug Administration) telah mengesahkan MSG sebagai makanan selamat, terdapat pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengan MSG.

Kesan MSG terhadap kesihatan

Terdapat pelbagai masaalah kesihatan yang dikaitkan dengan dengan MSG. Masaalah ini dikenali sebagai “MSG symptom complex”. Di antaranya ialah:

Sakit kepala

Berpeluh

Muka kemerah-merahan dan panas

Muka terasa bengkak

Rasa kebas di bahagian muka, leher dan mungkin bahagian badan yang lain

Denyut nadi yang tinggi

Loya

Sakit dada

Berasa lemah

Pemyelidik masih lagi mencari bukti-bukti saintifik untuk menghubungkaitkan MSG dengan simptom-simptom yang tersenarai. Walau bagaimanapun, simptom-simptom yang disenaraikan kebiasaannya adalah dalam jangka masa pendek, tidak serius dan tidak memerlukan rawatan. Cara yang terbaik untuk mengelakkan simptom-simptom tersebut adalah dengan tidak mengambil MSG.

Fakta berat badan yang perlu diketahui (Bahagian 1)
<fb:like href="http://comelnya.com/ibu-dan-anak/fakta-berat-badan-yang-perlu-diketahui-bahagian-1" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>

1) Gemuk boleh diturunkan secara genetik

Saintis telah menemui “gen gemuk” di dalam tikus gemuk beberapa tahun yang lalu. Kini, gen yang sama telah ditemui dalam manusia yang meningkatkan kemungkinan untuk menghidap penyakit kencing manis. Hasil kajian menunjukkan, manusia yang mempunyai dua salinan gen tersebut mempunyai risiko sebanyak 40% untuk mendapat kencing manis dan 60% untuk menjadi obes (gemuk) berbanding yang tiada gen tersebut. Bagi yang mempunyai satu salinan gen ini juga didapati mempunyai berat badan yang lebih daripada normal. Faktor ini boleh diubah dengan menjaga pemakanan dan bersenam supaya sentiasa mencapai berat badan ideal.

2) Kandungan sel lemak lebih tinggi dalam sesetengah manusia

Sesetengah orang mempunyai kandungan sel lemak sehingga 2 kali ganda lebih tinggi. Golongan ini akan tetap mempunyai kandungan sel lemak yang sama walau pun berat badan mereka berkurangan. Sel-sel lemak terbentuk sejak kecil dan berhenti dihasilkan apabila mencapai usia remaja. Sel-sel ini terbentuk sejak umur 2 tahun lagi bagi sesetengah yang mempunyai sel-sel lemak yang tinggi. Tetapi, jangan risau! Apa yang penting ialah saiz sel-sel lemak tersebut. Golongan yang mempunyai kandungan sel-sel lemak yang tinggi tetapi bersaiz kecil adalah lebih baik daripada golongan yang mempunyai kandungan sel lemak yang rendah dan bersaiz besar. Walaupun anda tidak berupaya untuk mengurangkan kuantiti sel-sel lemak dalam badan, anda berupaya mengawal saiz sel-sel lemak supaya tidak terdedah kepada risiko penyakit.

3) Metabolisma badan boleh diubah

Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap pasangan kembar yang mempunyai berat badan yang berbeza (seorang kurus dan seorang lagi gemuk), saintis mendapati sel lemak dalam individu kembar yang gemuk mengalami perubahan metabolisma yang meyebabkan lemak lebih sukar dibakar. Saintis tersebut membuat kesimpulan, lebih banyak lemak seseorang, lebih perlahan metabolisma anda, maka lebih sukar untuk anda menurunkan berat badan. Cara untuk mengatasinya ialah dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang mencukupi seperti berolahraga, bersukan dan bersenam.

4) Tekanan boleh menggemukkan

Kajian yang telah dijalankan terhadap tikus yang dikenakan tekanan (seperti diletakkan dalam suasana bising dan sejuk) menunjukkan tikus-tikus ini lebih tenang apabila diberikan makanan berkarbohidrat tinggi. Apabila makanannya ditukar kepada yang kurang kandungan karbohidrat, hormon stres dalam badan tikus meningkat. Situasi yang sama ditemui dalam manusia. Apabila kita terdedah kepada tekanan (seperti bos yang mendesak, masaalah kewangan dan sebagainya), keinginan untuk menikmati makanan yang berkarbohidrat  tinggi (seperti makanan manis) meningkat kerana makanan sebegini akan meredakan stres.

Hormon stres juga akan menyebabkan lemak disimpan dalam kadar yang lebih tinggi. Di zaman purba, suasana tertekan seperti dikejar harimau atau musim kemarau menyebabkan proses penyimpanan lemak lebih logik kerana mereka memerlukan tenaga berlebihan untuk mengatasi situasi tertekan tersebut. Walaubagaimana pun, kehidupan kita pada hari ini lebih terdedah kepada situasi tertekan yang kurang aktif seperti termenung memikirkan masaalah atau duduk menyiapkan kerja pejabat yang bertimbun. Maka, kalori yang terkumpul semasa tertekan tidak digunakan dan berkumpul sebagai lemak terutamanya di bahagian perut. Ini boleh dielakkan dengan meredakan stres seperti beriadah, bermunajat, membaca Quran dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

5) Ibu mengandung yang gemuk berkemungkinan mempunyai anak yang berobesiti tinggi

Kajian terhadap tikus menunjukkan ibu tikus yang obes semasa mengandung mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi dalam rahim. Akibatnya, penghasilan protin yang boleh mengganggu sistem metabolik dan kawalan pemakanan di dalam otak bayi yang sedang berkembang. Kajian yang dijalankan terhadap tikus kebiasaannya boleh diaplikasikan terhadap manusia. Pakar perubatan dari University of New York telah membandingkan anak-anak yang dilahirkan oleh ibu yang sama tetapi mempunyai berat badan yang berbeza semasa mengandung. Anak-anak yang dilahirkan semasa ibu tersebut mempunyai berat badan ideal didapati tidak mempunyai masalah obesiti berbanding anak-anak yang dikandung semasa ibu tersebut gemuk. Jadi, anda sebagai ibu boleh membantu menentukan tahap kesihatan bakal anak yang dilahirkan dengan mengamalkan pemakanan sihat semasa mengandung.

Bahagian 2 akan menyusul kemudian   Sabar ye……

Perkayakan badan dengan zat besi
<fb:like href="http://comelnya.com/sihat-dan-cantik/perkayakan-badan-dengan-zat-besi" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>

Badan anda memerlukan zat besi untuk kesihatan yang optimum. Zat besi membantu membina darah yang kaya dengan sel darah merah. Sel-sel darah merah ini berfungsi dalam penyerapan dan pengangkutan oksigen ke seluruh badan bagi yang digunakan dalam sistem metabolisma badan. Zat besi amat penting bagi ibu yang mengandung untuk pembesaran bayi dalam kandungan. Di samping itu, kanak-kanak juga memerlukan kandungan zat besi yang tinggi dalam badan untuk prose pembelajaran dan pembesaran. Kanak-kanak yang kekurangan zat besi kebiasaannya akan kurang daya kosentrasi dan payah untuk belajar.

Tanda-tanda kekurangan zat besi

Kulit yang pucat dan kering

Kerap berasa letih dan lemah

Sesak nafas

Hilang selera makan

Tips-tips untuk menambah zat besi

Variasikan makanan anda setiap hari, termasuklah makanan yang kaya dengan zat besi

Makan daging bersama-sama dengan makanan lain untuk mendapatkan lebig zat besi

Elakkan pengambilan teh dan kopi (minuman dan makanan tinggi kafein) bersama dengan hidangan anda kerana ia akan menghalang penyerapan zat besi dalam badan.

Pelbagaikan juga makanan yang kaya dengan vitamin C dalam hidangan setiap hari. Vitamin C membantu proses penyerapan zat besi dalam makanan anda.

Makanan yang kaya dengan zat besi

Daging

Jagung

Telur

Kekacang

Kismis

Tomato

Roti bijirin penuh

Aprikot

Brokoli

Mentega kacang

Nasi

Udang

Ayam

Hati

Prun

Sardin

Bayam

Tembikai

Makanan yang kaya dengan vitamin C

Oleh kerana vitamin C membantu penyerapan zat besi, ambil juga makanan yang mengandungi vitamin C yang tinggi seperti:

Bunga kobis

Buah-buahan citrus tinggi seperti oren

Tomato

Capsicum

Nenas

Strawberi

Brokoli

Ubi kentang

Bayam

Tembikai susu

Fakta badan anda selepas bersalin
<fb:like href="http://comelnya.com/sihat-dan-cantik/fakta-badan-anda-selepas-bersalin" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>

Badan anda mengalami pelbagai perubahan semasa mengandung dan juga selepas bersalin. Berikut merupakan fakta-fakta menarik tentang badan anda selepas bersalin:-

1) Berat badan berkurangan 4-5 kg sejurus selepas bersalin

Benar. Sejurus selepas bersalin, berat badan berkurangan sebanyak 4-5 kg kerana berat bayi yang mempunyai berat 2-4 kg sudah selamat dilahirkan. Di samping itu, darah dan cecair amniotik juga akan keluat semasa bersalin. Dalam masa seminggu, anda akan kehilangan lagi 1-2 kg cecair yang menyebabkan anda sembab semasa trimester terakhir mengandung. Untuk kembali ke berat badan asal sebelum bersalin, berikan masa secara berperingkat dan bukannya mendadak dengan bersenam, menyusu badan dan menjaga pemakanan. Anda mengambil masa 9 bulan untuk menambah berat badan semasa mengandung, jadi berikan masa yang sama untuk mengurangkannya kembali ke asal

2) Keguguran rambut

Benar. Hampir 50% wanita akan mengalami keguguran rambut yang biasanya berlaku sebulan sehingga 6 bulan selepas bersalin. Peningkatan hormon estrogen semasa mengandung melambatkan proses pengguguran rambut dan melebatkan rambut. Selepas bersalin, hormon akan mengambil masa untuk kembali kepada normal sebelum rambut anda kembali kepada kitaran asal pertumbuhan dan pengguguran. Bagi mengekalkan rambut yang sihat dan mengelakkan keguguran rambut, ambil makanan yang kaya dengan protein, zat besi, zink, flavonoids, antioksidan dan silika yang bermanfaat kepada kulit kepala dan rambut.

3) Anda perlu makan lebih banyak semasa menyusu badan

Palsu. Kalori yang terdapat dalam susu badan kebiasaannya adalah dari lemak badan yang terkumpul (yang menebal semasa anda mengandung). Pantau berat badan anda sepanjang menyusu supaya berat badan anda berkurangan 500-1000 g seminggu, sehingga anda mencapai berat badan ideal. Jika berat badan berkurangan melebihi 1 kg seminggu, makan berlebihan sedikit (200-300 kalori sehari). Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang kerana nutrisi yang terkandung dalam makanan akan juga diserap dalam susu badan. Amalkan pemakanan buah, sayur, susu rendah lemak, bijirin penuh dan protein sepanjang menyusu. Anda juga boleh mengambil vitamin suplemen supaya vitamin dan mineral dalam badan sentiasa mencukupi buat anda dan anak tersayang.

4) Jerawat

Benar. Kitaran daran akan meningkat sebanyak 50% semasa mengandung, terutamanya di bahagian muka. Selepas bersalin, kitaran darah akan kembali ke normal dan kitaran hormon yang masih tidak stabil akan menyebabkan wajah anda mungkin ditumbuhi jerawat. Bagi mengelakkan masalah ini, pastikan wajah dicuci sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan produk penjagaan muka yang mengandungi retinoid. Retinoid akan mempercepatkan proses pertumbuhan sel kulit dan menaikkan seri wajah. Bagi yang mempunyai masalah jerawat yang teruk, gunakan produk mengandungi kombinasi benzyl peroxide dan retinol. Walau bagaimana pun, jika anda menyusu, dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk tersebut untuk memastikan ia selamat buat bayi anda.

5) Perut buncit selepas bersalin kerana rahim mengembang semasa mengandung

Palsu. Perut anda buncit dan menggeleber selepas bersalin adalah disebabkan oleh diastasis recti, iaitu pemisahan otot perut yang paling luar. Keadaan ini sememangnya normal bagi wanita selepas bersalin dan menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah, akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda. Akibatnya, tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ  dalam badan dan bukannya otot perut.  Ini menyebabkan perut anda nampak buncit dan masalah lain timbul seperti postur badan yang salah. Bagi membetulkan masaalah ini, senaman dan pemakanan yang betul adalah sangat penting.

6) Kesan rekahan kulit perut adalah kekal

Benar dan palsu. Sebannyak 90% wanita mengandung akan mengalami kesan rekahan kulit perut atau “stretch marks”. Rekahan ini disebabkan oleh penambahan berat badan yang pantas dimana badan berkembang lebih cepat daripada kemampuan kulit untuk menampungnya. Selain itu, peningkatan hormon glucocorticoids semasa mengandung melambatkan pembentukan kolagen dan fiber elastin dalam lapisan kulit. Kesan rekahan pada kulit perut akan kekal jika anda tidak mengambil langkah-langkah awal untuk mencegahnya. Langkah awal yang dimaksudkan ialah dengan mengelakkan pengambilan makanan yang tinggi kanji, manis, berlemak dan masin bagi mengelakkan penambahan berat badan yang berlebihan. Ambil makanan yang kaya dengan vitamin C kerana ia penting untuk pembentukan kolagen. Selain itu, minum banyak air supaya kulit akan lebih elastik. Anda juga boleh menyapu produk seperti Bio Oil sejak trimester pertama lagi bagi mengekalkan lembapan dan elastisiti kulit. Bagi anda yang telah lama mempunyai rekahan kulit, bukannya tiada harapan lagi untuk menghilangkannya. Warna rekahan akan beransur-beransur menjadi lebih pudar dengan masa dan tidak akan kelihatan jelas lagi (nak menyedapkan hati sendiri   )

Risiko beg galas terhadap masalah belakang
<fb:like href="http://comelnya.com/ibu-dan-anak/risiko-beg-galas-terhadap-masalah-belakang" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>

Kebanyakan sekolah-sekolah awam di Malaysia melibatkan penggunaan buku-buku teks dan latihan yang banyak jumlahnya. Penambahan buku-buku teks dan latihan di sekolah menyebabkan bertambahnya bebanan beg galas anak-anak kita.Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah lagi didapati membawa bebanan beg yang kadang-kadang dilihat agak melampau. Kesannya? Masalah belakang dan postur badan yang tidak betul.

Menurut American Physical Therapy Association, berat beg seseorang individu tidak sepatutnya melebihi 15-20% berat badan individu tersebut. Apabila berat beg melebihi had berat yang disebutkan, kesan jangka masa pendek dan panjang terhadap kesihatan boleh berlaku. Beg yang terlalu berat boleh menyebabkan kedudukan tulang belakang tidak betul sekaligus menyebabkan postur badan yang salah. Akibatnya, keletihan dan lenguh pada bahagian belakang dan otot bahu. Dengan masa, masalah ini boleh berlanjutan sehingga menyebabkan kecederaan kepada bahagian bahu, belakang dan juga leher.

Cara mengatasinya:

Pastikan postur badan berada dalam keadaan yang betul. Untuk mendapat postur bahu yang betul, angkat bahu selaras dengan telinga, tolak bahu ke belakang dengan menjauhi telinga sedikit dan turunkan bahu kembali ke posisi normal. Anda mungkin akan nampak sedikit mendada, tetapi ini adalah postur yang betul.

Barang yang paling berat dalam beg galas harus diletakkan paling hampir dengan belakang supaya berat beg galas dapat diseimbangkan. Dalam erti kata yang lain, laraskan tali beg galas berhampiran dengan belakang dan bukannya tergantung lebih rendah daripada bahagian atas punggung.

Gantungkan tali beg galas di kedua-dua bahu. Jangan gantung di sebelah bahu sahaja.

Buat senaman yang menguatkan otot belakang dan perut seperti yoga.

Bagi anak-anak yang kecil tubuhnya, beli beg yang beroda supaya beg boleh diheret dan tidak perlu digalas.

Bahaya pil diet/kurus
<fb:like href="http://comelnya.com/sihat-dan-cantik/bahaya-pil-dietkurus" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>

Kebanyakan wanita hari ini percaya, kurus merupakan salah satu aspek untuk kelihatan cantik dan menawan. Pelbagai produk kecantikan dan servis yang menjanjikan penurunan berat badan dalam masa yang singkat. Salah satunya adalah pil kurus yang mengandungi herba dan juga pelbagai bahan kimia sampingan lain yang mampu menurunkan berat badan dengan cepat. Keberkesanan pil-pil kurus ini tidak dapat dinafikan mampu menjadikan anda kurus. Namun, sejauh mana pil ini boleh mempengaruhi kesihatan?

Ujian dan pengesahan ubat dan pil kurus

Kebiasaannya, sebarang ubat atau herba yang akan dipasarkan harus melalui ujian-ujian yang mengesahkan keselamatan penggunaannya kepada konsumer. Secara protokol, ubat harus diuji secara klinikal untuk mengenalpasti kesan sampingan ubat tersebut kepada manusia. Ujian-ujian yang dijalankan mengambil masa bertahun-tahun supaya segala kesan baik dan buruk ubat tersebut dapat diketahui. Ubat dan pil kurus di Malaysia kebiaasaannya tidak diuji secara klinikal dan hanya diuji oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan produk yang bakal dipasarkan tidak mengandungi sebarang bahan merbahaya. Kesan jangka panjang pil kurus yang terdapat di pasaran tidak dipastikan. Penyelidikan mendapati risiko merbahaya pil-pil kurus ini meningkat apabila pil tersebut digunakan dalam jangka masa yang panjang. Tidak dapat dinafikan bahan-bahan yang terdapat dalam pil-pil kurus di Malaysia kebanyakannya terdiri daripada herba dan akar-akar kayu yang dikategorikan sebagai makanan atau pun ubat. Walau bagai mana pun, pengambilannya secara berlebihan secara berpanjangan boleh membawa mudarat. Sebagai contoh, jering yang dipercayai penyembuh pelbagai penyakit telah terbukti secara saintifik memberikan kesan buruk kepada hati dan buah pinggang.

Kesan sampingan pil kurus

Di antara kesan sampingan pil kurus adalah seperti keletihan, hiperaktiviti, berasa resah, mulut kering, cirit-birit berpanjangan, sakit kepala, muntah, sembelit, pening, berpeluh secara berlebihan, kitaran haid terganggu, demam, perubahan nafsu seks, keguguran rambut, kabur penglihatan, masalah buah pinggang dan lain-lain. Berlebihan dos boleh menyebabkan kesan yang lebih ekstrem seperti mengigil, halusinasi, nafas semput, buah pinggang rosak, sawan, darah tinggi dan serangan penyakit jantung. Kesan-kesan sampingan ini berbeza-beza bagi jenis pil kurus yang diambil, bergantung kepada kandungan aktif pil-pil tersebut.

Di Belgium, pil diet herba yang diberikan kepada konsumer selama 3 tahun di klinik untuk menurunkan berat badan telah menyebabkan lebih 100 orang mengalami kerosakan buah pinggang. 10 tahun kemudian, beberapa orang yang mengambil pil herba yang sama didapati mempunyai kanser saluran kencing. Pada tahun 2001 di Amerika Syarikat, FDA (Food and Drug Administration) telah menarik balik 13 produk pil kurus yang berasaskan herba kerana potensinya untuk merosakkan buah pinggang. Di Malaysia, beberapa kenalan rapat termasuklah ahli keluarga saya sendiri didapati mempunyai kerosakan buah pinggang akibat pengambilan pil kurus yang berlebihan. Ini membuatkan saya terpanggil untuk menyedarkan anda semua betapa merbahayanya pil-pil kurus ini.

Apabila seseorang  berhenti mengambil pil kurus ini, kebiasaannya berat badannya akan meningkat kembali secara mendadak dan boleh menjadi lebih gemuk daripada asal. Sindrom yo-yo ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal, malah turut mempengaruhi kesihatan mental seperti berasa rendah diri dan putus asa.

Cara yang sihat untuk menurunkan berat badan

Memang benar kurus boleh menjadikan seseorang tampil lebih cantik dan menawan. Tetapi, yang lebih penting adalah kesihatan seseorang individu. Individu yang sihat kebiasaannya mengamalkan cara hidup yang sihat, sekaligus menjadikannya tampil sihat, gembira dan menawan. Cara hidup yang sihat seharusnya diamalkan sepanjang hidup dan bukannya dengan pengambilan produk-produk yang memberikan kesan jangka masa pendek atau risiko kepada kesihatan. Antara gaya hidup yang sihat adalah seperti berikut:

Amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Amalkan pengambilan sayur dan buah untuk serat, vitamin dan mineral.

Elakkan pengambilan makanan berlemak. Banyakkan makan masakan yang dikukus, rebus atau bakar.

Ambil bijirin penuh seperti oat, roti bijirin penuh dan beras perang.

Amalkan senaman untuk membina otot dan badan yang sihat.

Sentiasa bersyukur dengan apa yang anda miliki kerana sifat “tak pernah cukup” hanya akan mendatangkan kekecewaan dan kesedihan.

Jangan lupa untuk berdoa kepada Allah supaya dikurniakan tubuh badan yang sihat dan dipanjangkan umur. Sebenarnya, kita berdoa untuk badan yang sihat setiap kali solat sewaktu duduk antara dua sujud. Cuba fahamkan bacaan dalam solat supaya kita lebih dekat kepada yang Esa. Insya Allah, kesihatan fizikal, mental dan rohani akan seimbang

Rahsia makanan manis untuk kesihatan
<fb:like href="http://comelnya.com/sihat-dan-cantik/rahsia-makanan-manis-untuk-kesihatan" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>

Makanan ringan sering dikaitkan dengan gaya hidup yang tidak sihat. Walau bagai manapun, jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit, makanan manis boleh membantu melawan penyakit dan mengurangkan berat badan. Antara makanan manis yang dikenalpasti menyumbang kepada kesihatan adalah seperti:

1) Coklat

“Dark chocolate” mempunyai sukatan koko yang lebih banyak berbanding coklat biasa dan kandungan anti-oksidannya tinggi. Penyelidikan terkini yang diterbitkan oleh “European Heart Journal” menyatakan pengambilan coklat setiap hari dalam kuantiti yang berpatutan akan mengurangkan risiko mendapat serangan jantung atau angain ahmar sehingga 40%.

2) Gula-gula

Bagi penggemar gula-gula, penyelidik di Lousiana State University mendapati kumpulan yang makan gula-gula mempunyai indeks jisim badan dan lilitan pinggang yang lebih kecil berbanding kumpulan yang langsung tidak makan gula-gula. Harus diingatkan, mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang penting disamping pengambilan gula-gula dalam kuantiti yang sedikit.

3) Gula-gula getah

Menurut penyelidikan yang dilakukan di Coventry University, gula-gula getah dikatakan mampu meningkatkan  daya  kosentrasi. Ketika mengantuk atau terasa lesu, kunyahlah gula-gula getah.

4) “Pop corn”

Bertih jagung atau lebih dikenali sebagai “pop corn” mempunyai serat dan antioksidan. Ia boleh dijadikan snek ringan buat anda dan anak-anak semasa beristirahat atau waktu-waktu lain.

8 Faedah Seks kepada Kesihatan
<fb:like href="http://comelnya.com/sihat-dan-cantik/8-faedah-seks-kepada-kesihatan" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>

Seks adalah salah satu kurniaan Tuhan yang sememangnya membawa kepada kebaikan jika DIAMALKAN SECARA BETUL. Oleh itu, seks hanya HALAL kepada pasangan yang sudah berKAHWIN. Terdapat beberapa faedah seks kepada kesihatan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan.

1) Mengurangkan Berat Badan – Macam-macam alasan untuk bersenam? Jangan terkejut kalau seks juga dianggap sebagai senaman. Aktiviti seks boleh membakar sebanyak 75-150 kalori setiap setengah jam. Aktiviti seks hampir setara dengan senaman lain seperti yoga (114 kalori setiap setengah jam), menari (129 kalori setiap setengah jam) atau berjalan (153 kalori setiap setengah jam). Seks juga boleh membantu mengekalkan kekuatan otot anda kerana rangsangan seksual dan inzal menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon testostron yang salah satu fungsinya ialah untuk membina dan mengekalkan tisu dan otot anda.

2) Tingkatkan Kesihatan Jantung – Penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling banyak membunuh wanita. Bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat, mengurangkan pengambilan garam, gula dan lemak merupakan cara untuk mendapatkan jantung yang sihat. Cara lain? Tentulah seks kerana ia merupakan senaman yang meningkatkan nadi serta pengaliran darah. Menurut kajian yang telah dilakukan, aktiviti seks sebanyak 1-2 kali seminggu boleh mengurangkan 2 kali ganda risiko serangan jantung.

3) Membantu Tidur lebih Nyenyak – Jika anda mengalami masalah untuk tidur di waktu malam, ia merupakan petanda anda mengalami tekanan atau stres. Pasangan yang kerap melakukan hubungan seks melaporkan, mereka dapat mengatasi tekanan dengan lebih mudah. Perasaan tenang selepas inzal membantu badan anda untuk berehat sepenuhnya. Berdasarkan laporan penyelidikan, ramai pasangan yang dapat tidur dengan mudah dan nyenyak sepanjang malam selepas melakukan hubungan seks.

4) Meningkatkan Sistem Imunisasi – Pelbagai penyakit yang berkait rapat dengan virus semakin meningkat akhir-akhir ini seperti selsema burung. Seks boleh menjadikan sistem imunisasi anda kuat. Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Wilkes University, Pennsylvania, individu yang melakukan hubungan seks 1-2 kali seminggu menunjukkan 30% peningkatan antibodi immunoglobulin A yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi. Pelik tapi menarik.

5) Meningkatkan Kesihatan Mental – Apakah cara yang paling mudah untuk meningkatkan mood dan melawan tekanan perasaan? Jawapannya mudah. Hubungan seks dalam keadaan yang HALAL dan penuh KASIH SAYANG! Secara psikologi, seks membantu meningkatkan kesihatan mental kerana intimasi dan kasih sayang yang terlibat membantu mengurangkan tekanan. Hasilnya, paras hormon kortisol akan menurun. Hormon kortisol dikeluarkan oleh badan akibat stres dan ia boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan kencing manis.

6) Membantu Melegakan Kesakitan – Anda mungkin menukar penyataan “Malam ni tak boleh. Sakit kepala ni…” kepada “OK, malam ni jugak sebab I sakit kepala”. Menurut pakar kesihatan, seks dapat melegakan kesakitan dengan pengeluaran hormon oksitosin yang merangsang penghasilan endorfin, pelega kesakitan. Betapa besarnya kuasa Tuhan!

7) Membantu Pengawalan Pundi Kencing – Mungkin agak pelik pada pendengaran anda, tapi seks dapat membantu pengawalan otot-otot pundi kencing anda. Pakar seks menyarankan senaman Kegel (kemutan otot pelvic) setiap hari dan sewaktu seks. Senaman ini bukan sahaja boleh meningkatkan rangsangan, tetapi juga menguatkan otot-otot yang terlibat dengan penyakit “incontinence” iaitu kurang pengawalan pundi kencing dan menyebabkan anda “tercicir” sewaktu bersin atau batuk. Cara senaman Kegel —-> Ketatkan otot pelvic anda sebagaimana anda menahan kencing. Tahan selama 3 saat dan lepaskan. Ulanglah sebanyak mana yang anda mahu.

8 ) Mencantikkan Kulit – Bolehkah seks menjadikan anda lebih cantik? Sudah tentu! Aktiviti seks akan menggalakkan badan anda mengeluarkan pelbagai hormon yang meningkatkan kesihatan keseluruhan termasuklah kulit anda. Semasa hubungan seks, badan anda kan menghasilkan hormon “dehydroepiandrosterone” yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan kulit.

Walaupun terdapat pelbagai faedah kesihatan yang dikaitkan dengan seks, tetapi sekali lagi, ingin saya tekankan, naluri SEKS yang disalurkan melalui PERKAHWINAN adalah yang terbaik kerana ia HALAL, melibatkan perasaan kasih sayang yang suci dan akan mendapat PAHALA jika dilakukan dengan IKHLAS. Hubungan seks di luar perkahwinan hanya membawa kepada rasa menyesal yang bertimpa-timpa dan tekanan jiwa yang  kebiasaannya dialami oleh pihak WANITA. Akibatnya, pembuangan bayi yang tidak berdosa juga akan meningkat. Hanya sekadar luahan hati dari wanita yang bergelar isteri dan ibu…..