Srikandi Mama » Perkahwinan

Suami dan Seks Mengejut
Seks dan kehidupan berumahtangga memang tidak dapat dipisahkan. Naluri seksual adalah fitrah bagi setiap insan dan perkahwinan merupakan jalan yang terbaik untuk menyalurkannya. Memenuhi kehendak seksual pasangan masing-masing adalah sangat penting sehinggakan dianggap ibadah.

Pernahkah suami anda tiba-tiba pulang ke rumah sewaktu kerja, menarik anda ke bilik, mengunci pintu dan terus melakukannya? Bertuahlah anda kerana suami anda merupakan lelaki yang amanah dalam menjaga kemaluannya hanya di jalan yang dihalalkan Allah.

Zaman sekarang merupakan cabaran yang besar bagi lelaki kerana rata-rata pakaian wanita terdedah sana sini dan memang tak cukup kain. Ada juga wanita Islam yang tidak menutup auratnya dengan sempurna. Pakai tudung tapi dada terdedah dengan pakaian ketat membaluti tubuh. Pendek kata, memang susah betul suami kita nak jaga mata, apatah lagi nak elakkan diri daripada terangsang nafsu shahwatnya.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Jika kamu melihat seorang wanita dan hatimu menjadi cenderung kepada wanita itu maka dia hendaklah pulang menemui isterinya dan mendatangi tempat tidurnya supaya terhindar dari kekejian.” (Hadis Riwayat Muslim)

Memang jelas sudah menjadi tugas anda sebagai isteri untuk melunaskan shahwat suami yang sedang bergelora walau pun anda sendiri tidak mendapat kepuasan. Manalah tau, di tempat kerjanya penuh dengan wanita-wanita seksi yang menguji imannya. Yang sebenarnya, anda telah berjaya menjaga shahwat dan kemaluan suami anda, di samping mewujudkan sikap bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri. Masih ada banyak peluang lagi untuk anda sama-sama mendapat kepuasan.

Keinginan seksual lelaki sebenarnya sukar dijangka masa dan ketikanya. Jika suami berkehendakkan anda, harus segera ditunaikan sehinggakan Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apabila seorang suami mengajak isterinya maka penuhilah segera kehendaknya meskipun dia berada  di dapur.”(Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Hibban). Anda harus berbangga kerana suami telah memenuhi keinginan shahwatnya dengan isteri sendiri dan bukannya dengan wanita lain. Pendek kata, anda telah menyelamatkan suami daripada berzina.

Kalau anda bergaduh atau merajuk sekali pun, hasrat suami harus dipenuhi. Janganlah terlalu mengikut kehendak hati dan ego anda. Walau pun hakikatnya anda sedang berjauh hati dengan suami, anda tidak dianggap kalah jika memenuhi tuntutan seksualnya.   Sebaliknya, kemenangan di pihak anda kerana berjaya menambat hati suami.

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur kemudian isteri tidak mendatanginya sehingga suami marah maka para malaikat akan mengutuk isteri itu hingga ke waktu pagi.” (Hadis Riwayat Muslim). Dalam riwayat yang lain dinyatakan; “Sehinggalah suaminya reda.”

Begitu besarnya implikasi terhadap isteri apabila menolak keinginan seksual suami. Kesimpulannya, kelembutan, tolak ansur dan keikhlasan isteri dalam melayani suami sangat penting. Hiasilah diri dengan cantik di depan suami (jangan bila keluar rumah sahaja) supaya dia sentiasa tertarik dengan anda. Perkahwinan akan menjadi lebih bermakna, insya Allah….

Dari Seorang Lelaki
Artikel ni saya petik daripada e-mail yang diterima daripada seorang kawan. Menarik,  kelakar dan yang paling penting membawa mesej yang tak ternilai…..

Teringat pasal satu cerita. Seorang lelaki balik rumah dan kehairanan apabila halaman rumah berselerak, surat di peti pos tak berambil, anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat dan tak bermandi. Apabila masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut apabila ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki itu melaung nama isterinya. Sepi tiada jawapan. Bila masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk dan periuk yang tidak bercuci. Dia mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air pula, baju masih belum berbasuh, apatah lagi berendam.Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku. “Awak sakit ke?”, tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?”, tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. Balas isterinya “Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ….NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.”

“Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i’m off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata, FreeeDoMmmmmlah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”, aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth… Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘assshheemmmm’, tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil…Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai.

Toilet dah mula licin berdaki…lantai dah berbelak, tak dimop…Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly… bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun….belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri…begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out there… jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita… Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi…penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita…tak rela!!!

So to all mums and wives out there… life will be meaningless without you .

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she’s around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter…. pottttt peeettt pooott peettttt, boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut… And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm!!! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan “dear” sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam “haunted village”. Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI… Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.

Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

Sekian terima kasih.