Srikandi Mama » Menyusu

Panduan Menyusu 2
Keadaan yang akan terjadi kepada anda(ibu), bayi anda dan susu anda pada minggu-minggu terawal selepas kelahiran.

Keadaan  ibu dan susu

Kelahiran - 	Susu anda berwarna kuning atau keemasan. Jumlahnya mungkin sedikit tetapi mencukupi buat bayi anda untuk memberikan perlindungan terhadap penyakit. 	Anda akan berasa letih tetapi seronok atas kehadiran ‘orang baru’. Masa yang sangat sesuai untuk memulakan penyusuan.

12-24 jam selepas kelahiran -	Bayi anda akan minum lebih kurang 1 sudu kecil susu anda setiap kali menyusu. Jumlahnya mencukupi untuk keperluan bayi anda.	Pastikan rehat mencukupi dan eratkan hubungan anda dan bayi. Payudara mungkin terasa lembut sedikit. Jika proses penyusuan menyakitkan, dapatkan bantuan daripada individu yang pernah membantu ibu-ibu menyusu. Penyusuan bayi tidak sepatutnya menyakitkan.

Hari ke 2-5	selepas kelahiran – Susu matang anda akan terbentuk. Warnanya seakan putih kebiru-biruan dan mungkin akan kelihatan kuning keemasan sedikit selama 2 minggu.	Payudara anda akan terasa penuh dan mungkin keluar meleleh. Anda boleh menggunakan pad pakai buang atau yang boleh dibasuh di dalam baju dalam anda untuk menyerap lelehan susu. Jika payudara bengkak dan keras, keluarkan sedikit susu sebelum menyusu bayi anda. Dalam tempoh senggang masa penyusuan, gunakan ais untuk mengurangkan bengkak yang biasanya hilang dalam 1-2 hari. Penyusuan bayi akan membantu menghilangkan bengkak.

Minggu 4-6 selepas kelahiran	- Susu anda akan beransur-ansur kelihatan putih kebiruan pada permulaan penyusuan dan krim putih menjelang akhir penyusuan. Warnanya mungkin akan berubah sedikit dari hari ke hari bergantung pada apa yang anda makan, tetapi ia tidak akan memudaratkan bayi.	Badan anda sudah teradaptasi dengan proses penyusuan. Payudara menjadi semakin lembut dan lelehan susu akan berkurangan. Jangan risau kerana anda masih mempunyai susu.

Keadaan bayi

Kelahiran – Bayi anda kebiasaannya dalam keadaan sedar dan peka dalam 1 jam pertama selepas kelahiran. Merupakan masa yang terbaik bagi bayi untuk mula menyusu.

12-24 jam selepas kelahiran – Apabila bayi anda sedar dari tidur, dia akan mempunyai keinginan yang kuat untuk menghisap dan menyusu. Sesetengah bayi mungkin akan tidur dalam jangka masa yang panjang. Keadaan ini normal kerana proses bersalin memberikan tekanan kepada bayi dan meletihkannya. Bayi anda mungkin terlalu mengantuk untuk menyusu dengan baik di peringkat ini. Penyusuan mungkin singkat dan masanya tidak menentu. Namun begitu, bayi akan menyukai rasa susu anda. Bayi anda mungkin akan menyusu, terlelap, menyusu lagi dan kemudian tertidur. Pastikan bayi anda tidak menerima air atau  susu formula kecuali diperlukan untuk keperluan perubatan.

Hari ke 2-5 selepas kelahiran – Bayi anda akan menyusu dengan kerap dalam julat 8-12 kali setiap 24 jam. Penyusuan yang kerap adalah normal kerana perut bayi anda yang kecil. Kebiasaannya, bayi yang menyusu tiada jadual yang tetap dan mengikut keperluannya. Penyusuan setiap 1-2 jam sekali adalah normal. Tempoh masa penyusuan sebelah payudara adalah 15-20 minit bergantung kepada bayi anda. Bayi anda munkin akan menyusu di payudara secara bergilir atau mungkin hanya menyukai sebelah sahaja. Selepas kelahiran, adalah normal untuk berat bayi menyusut sedikit. Berat bayi anda akan bertambah selepas 10-14 hari umurnya.

Minggu 4-6 selepas kelahiran – Penyusuan lebih sekejap dan jarak masanya lebih jauh. Bayi yang menyusu badan akan kerap menyusu kerana merasa selesa dan selamat apabila dia rapat dengan anda. Bayi anda akan semakin mahir menyusu dan perutnya telah membesar untuk menampung susu yang diminum.

Panduan Menyusu 1
Bagaimana susu dihasilkan

Buah dada ibu yang mengandung akan membentuk alveoli iaitu kelenjar yang menghasilkan susu. Alveoli berbentuk seperti daun-daun yang bergantung kepada struktur bercabang-cabang. Susu yang terhasil dalam alveoli akan melalui cabang-cabang ke sinus yang berada di sebalik puting.

Apabila bayi menghisap susu, tekanan akan dikenakan pada bahagian areola di mana sinus-sinus berada. Isyarat akan dihantar ke otak untuk merembeskan dua hormon:

Oksitosin – menyebabkan susu keluar (refleks “let down”)

Prolaktin – menstimulasi buah dada untuk menghasilkan lebih banyak susu

Jarang sekali timbulnya kes wanita tidak boleh menyusukan bayi. Wanita yang pernah mengalami pembedahan buah dada didapati boleh menyusu. Puting yang rata atau masuk ke dalam tidak akan menjadi masalah sekiranya diatasi dengan lebih awal.

Kolostrum

Kolostrum ialah cecair berwarna kuning yang terhasil pada 10 hari terawal selepas kelahiran. Walaupun kuantitinya sedikit berbanding dengan penghasilan susu biasa, ia sangat kaya dengan protein dan antibodi yang mencukupi untuk keperluan awal bayi.

Menyusu seawal mungkin

Menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin memberikan beberapa faedah:

Masalah ‘bengkak susu’ atau buah dada membengkak di awal tempoh bersalin dapat dikurangkan atau dielakkan.

Pemberian kolostrum yang mempunyai kesan ‘laxative’ akan menyingkirkan bilirubin melalui najis bayi. Ini akan mengurangkan risiko penyakit kuning atau ‘jaundice’.

Reflek penghisapan oleh bayi yang kebiasaannya kuat selepas 20-30 minit kelahiran akan melatih bayi untuk menghisap susu dengan lebih baik.

Bayi akan membina sistem imunisasi di peringkat awal.

Membentuk hubungan yang erat antara ibu dan bayi.

Menyusu sekerap mungkin

Penyusuan bayi anda tidak tertakluk kepada masa atau pun jadual. Cara yang paling baik untuk menyusu bayi anda ialah dengan mengikut KEPERLUAN. Apabila bayi anda menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu seperti menyuakan mulutnya ke dada anda atau menangis, anda tahu bahawa di situ ada KEPERLUAN untuk menyusu.

Saiz perut bayi yang baru lahir tidak melebihi sebiji telur ayam. Jadi, walaupun anda mempunyai bekalan susu yang banyak, jangan mengharapkan bayi untuk minum susu dalam kuantiti yang banyak dan kemudian tidur dalam jangka masa yang panjang. Berikan susu dada anda apabila bayi menangis atau menunjukkan respon hendak menghisap. Jangka masa yang sesuai ialah dalam julat 30 minit sehingga 2 jam sekali.

TIPS: Jangan tunggu sehingga bayi menangis untuk menyusukannya. Bayi yang menangis ialah bayi yang sedang “marah” dan dia mungkin terburu-buru untuk menyusu kerana terlalu lapar. Jika bayi anda dalam keadaan yang tenang, guna jari anda untuk menyentuh pipinya. Jika bayi anda membuka mulutnya untuk mendapatkan jari anda, sahlah dia lapar!

Kapasiti perut bayi baru lahir = 20 ml = 4 sudu kecil

Kapasiti perut bayi 12 bulan = 200 ml = 40 sudu kecil

Susu Ibu vs Susu Formula
Secara fisiologi, susu ibu adalah cecair yang terhasil secara semulajadi khas untuk bayi. Pakar kesihatan bersetuju bahawa susu ibu memberikan nutrisi yang terbaik buat bayi. Sehingga kini, para saintis masih lagi melakukan pelbagai penyelidikan dan menemui manfaat susu ibu. Oleh itu, syarikat-syarikat yang menghasilkan susu formula tidak seharusnya bongkak dengan menyatakan produk mereka hampir sama dengan susu ibu. Hakikatnya, sebanyak mana pun wang yang digunakan oleh syarikat-syarikat ini untuk tujuan penyelidikan, kebaikan susu formula takkan menghampiri susu ibu. Senang cerita, susu lembu takkan sama dengan susu manusia!

Di samping mengandungi antibodi dan kesan imunisasi untuk menghalang jangkitan kuman, komposisi SUSU IBU boleh berubah-ubah bergantung kepada keperluan bayi. Bagaimana?

Kandungan susu ibu berubah dengan usia bayi: susu ibu untuk bayi pra-matang mempunyai kandungan protein yang tinggi manakala susu ibu untuk bayi 8 bulan adalah tinggi kandungan kalorinya berbanding bagi bayi 1 bulan.

Susu ibu berubah dengan cuaca: susu ibu mempunyai lebih banyak kandungan air apabila cuaca panas dan tinggi kandungan lemak apabila cuaca sejuk.

Rasa susu ibu berubah-ubah bergantung kepada makanan yang dimakan ibu: anak anda didedahkan kepada rasa yang berbeza-beza pada peringkat awal usianya lagi.

Kandungan SUSU FORMULA pula kekal sama dalam apa-apa jua kondisi. Tak termasuk lagi dengan harga susu formula yang semakin meningkat. Hmmm…..susahkan?

Pandai-pandailah anda pilih yang mana yang terbaik untuk permata hati anda.

Mengapa menyusu bayi PENTING!
Saya terpanggil untuk mengambil petikan daripada Al-Quran (Al-Baqarah: 233)

yang berbunyi:

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.

Daripada ayat di atas, ternyata tanggungjawab menyusukan anak anda memang terpikul di atas bahu setiap insan yang bergelar IBU. Nak tak nak, anda harus berusaha untuk menyusukan anak anda walau apa keadaan sekali pun. Bagi saya, saya hanya mampu menyusukan anak saya selama 6 bulan sahaja atas alasan susah mencari tempat yang sesuai untuk mengepam susu di tempat kerja. Akibatnya, rasa menyesal yang tak berkesudahan. Oleh itu, saya ingin berkongsi dengan anda kebaikan menyusu badan secara ringkas supaya anda teruja menyusukan cahaya mata anda.

Kebaikan kepada bayi

Susu ibu akan menguatkan sistem imunisasi bayi. Bayi yg disusukan jarang mendapat penyakit-penyakit jangkitan kuman contohnya  pneumonia, cirit-birit dan sakit telinga.

Mengurangkan risiko bayi terkena asma, kencing manis, kanser dan obesiti.

Membantu pertumbuhan otak bayi dan membentuk perkembangan gigi, penglihatan, pertuturan dan kecerdikan bayi.

Memberikan nutrisi yang terbaik untuk bayi.

Kebaikan kepada ibu

Mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin.

Mengecutkan rahim dengan cepat.

Menurunkan berat badan.

Menguatkan struktur tulang dan mengelakkan osteoporosis.

Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari

Melambatkan proses menstruasi dan kesuburan. Ini akan menjarakkan kelahiran yang seterusnya.

Mengeratkan hubungan ibu dan anak.

Menjimatkan.

Jadi, apa lagi? Susukan anak anda supaya anda dan anak-anak mendapat manfaat yang berterusan!