Srikandi Mama » Mengandung
Kencing manis semasa mengandung
<fb:like href="http://comelnya.com/mengandung/kencing-manis-semasa-mengandung" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>
Apakah kencing manis semasa mengandung?
Kencing manis ialah kondisi yang melibatkan peningkatan kadar gula dalam darah. Sesetengah wanita mendapat kencing manis sebelum mengandung, sementara lagi mendapat kencing manis semasa mengandung. Kencing manis yang bermula semasa mengandung dinamakan ‘gestational diabetes’ dan berlaku dalam 7% kehamilan.
Jika anda mempunyai kencing manis semasa mengandung, anda mungkin perlu menukar cara pemakanan bagi mengawal kandungan gula dalam darah. Bagi sesetengah kes yang lebih serius, anda mungkin memerlukan penggunaan insulin. Jika kencing manis tidak dikawal sebelum dan semasa mengandung, masalah-masalah seperti berikut mungkin berlaku:
Kandungan gula yang tinggi dalam darah menyebabkan bayi mempunyai saiz yang besar sebelum masa kelahirannya. Bayi yang besar boleh menimbulkan komplikasi sebelum, semasa dan selepas bersalin. Bayi yang besar kebiasaannya memerlukan “c-section” kerana mereka lebih terdedah kepada risiko kecederaan jika dilahirkan secara normal seperti perubahan kedudukan bahu.
Bayi lebih berisiko tinggi untuk mengalami kecacatan atau masalah yang berkait dengan jantung, buah pinggang, tulang belakang atau otak. Sesetengah masalah ini boleh menyebabkan kematian.
Risiko untuk anda mendapat darah tinggi meningkat. Kondisi ini boleh menimbulkan masalah kepada anada dan bayi yang dikandung.
Anda mungkin mempunyai ketone di dalam darah dan air kencing yang disebabkan oleh ketoasidosis. Ketoasidosis terjadi apabila gula dalam darah tidak dapat ditukar kepada tenaga, maka lemak digunakan sebagai sumber tenaga. Bahan sampingan penggunaan lemak ini ialah ketone yang boleh menyebabkan kondisi yang agak serius.
Anda mungkin melahirkan bayi pra-matang (sebelum 37 minggu) atau bayi terpaksa dilahirkan awal dari waktunya.
Bayi yang dilahirkan mungkin mengalami masalah kandungan gula yang rendah dalam darah (hypoglysemia).
Risiko bayi untuk terkena penyakit kuning meningkat.
Anda mungkin mengalami keguguran semasa awal kehamilan atau bayi mungkin mati dalam kandungan sebelum kelahiran.
Jika anda mendapat rawatan sebelum dan semasa mengandung, anda berkemungkinan melahirkan bayi yang sihat.
Bagaimana kencing manis semasa mengandung terjadi?
Organ pankreas dalam badan menghasilkan hormon insulin. Insulin berfungsi menukar gula kepada tenaga. Hormon-hormon lain yang dirembeskan semasa mengandung boleh menghalang insulin berfungsi dengan betul. Maka, pankreas perlu menghasilkan lebih banyak insulin. Jika insulin tidak dapat dihasilkan dengan kuantiti yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula dalam darah, anda akan mendapat kencing manis.
Punca sebenar mengapa kencing manis semasa mengandung terjadi tidak diketahui. Wanita yang mempunyai latar belakang seperti berikut lebih berisiko untuk mendapat kencing manis semasa mengandung:
Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis
Obes atau mempunyai berat badan melebihi BMI yang normal
Mempunyai bayi yang sebelumnya bersaiz besar melebihi 4 kg semasa lah
Bayi yang dilahirkan sebelumnya pernah mati semasa dilahirkan
Bayi yang dilahirkan sebelumnya mengalami kecacatan
Pernah mengalami keguguran
Umur melebihi 35 tahun
Apakah simptom-simptom kencing manis semasa mengandung?
Kencing manis semasa mengandung boleh terjadi tanpa simptom yang jelas. Walau bagai mana pun, ujian air kencing dan darah semasa mengandung boleh mengesahkan jika anda mempunyai kencing manis atau tidak. Jika anda telah pun mempunyai kencing manis sebelum mengandung, anda akan mendapati ianya lebih sukar dikawal semasa mengandung. Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut, sila berjumpa doktor secepat mungkin.
Sentiasa dahaga
Kehilangan berat badan
Makan dalam kuantiti yang banyak
Kerap kencing
Keletihan tanpa sebab
Bagaimana kencing manis dirawat?
Anda harus mengawal aras gula dalam darah dengan melakukan perkara seperti berikut:
Mengubah cara pemakanan anda. Kebiasaannya, dietitician akan memberikan garis panduan kepada wanita mengandung yang mempunyai kencing manis.
Mempunyai rutin bersenam, sekurang-kurangnya berjalan 30 minit sehari.
Memantau aras gula dalam darah dengan menggunakan alat yang didapati di pasaran. Penggunaan alat ini memerlukan modal yang agak tinggi dan ianya adalah pilihan anda untuk menggunakannya. Sebaik-baiknya, ia digunakan supaya anda mengetahui pemakanan yang diamalkan semasa mengandung boleh mengawal aras gula dalam darah atau tidak.
Bagi yang lebih serius, anda mungkin memerlukan suntikan insulin atau ubat mengawal aras gula dalam darah.
Adakah kencing manis semasa mengandung akan berkekalan?
Kebanyakan wanita yang mempunyai kencing manis semasa mengandung tidak akan mempunyai kencing manis lagi selepas bersalin. Keperluan insulin oleh badan selepas bersalin akan menurun disebabkan keseimbangan hormon dalam badan akan kembali kepada normal. Walau bagaimana pun, risiko untuk mendapat kencing manis dalam jangka masa terdekat adalah tinggi. 15-20% wanita yang mempunyai kencing manis semasa mengandung didapati mempunyai kencing manis selepas setahun bersalin. Bagi mengurangkan risiko ini, pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang mencukupi.
Jika anda mempunyai kencing manis sebelum mengandung, anda mungkin akan kembali kepada keadaan dan rawatan asal selepas bersalin. Jika anda mempunyai sejarah kencing manis semasa mengandung, terdapat kebarangkalian untuk anda terkena kencing manis lagi jika anda mengandung di masa hadapan.
Fakta berat badan yang perlu diketahui (Bahagian 1)
<fb:like href="http://comelnya.com/ibu-dan-anak/fakta-berat-badan-yang-perlu-diketahui-bahagian-1" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>
1) Gemuk boleh diturunkan secara genetik
Saintis telah menemui “gen gemuk” di dalam tikus gemuk beberapa tahun yang lalu. Kini, gen yang sama telah ditemui dalam manusia yang meningkatkan kemungkinan untuk menghidap penyakit kencing manis. Hasil kajian menunjukkan, manusia yang mempunyai dua salinan gen tersebut mempunyai risiko sebanyak 40% untuk mendapat kencing manis dan 60% untuk menjadi obes (gemuk) berbanding yang tiada gen tersebut. Bagi yang mempunyai satu salinan gen ini juga didapati mempunyai berat badan yang lebih daripada normal. Faktor ini boleh diubah dengan menjaga pemakanan dan bersenam supaya sentiasa mencapai berat badan ideal.
2) Kandungan sel lemak lebih tinggi dalam sesetengah manusia
Sesetengah orang mempunyai kandungan sel lemak sehingga 2 kali ganda lebih tinggi. Golongan ini akan tetap mempunyai kandungan sel lemak yang sama walau pun berat badan mereka berkurangan. Sel-sel lemak terbentuk sejak kecil dan berhenti dihasilkan apabila mencapai usia remaja. Sel-sel ini terbentuk sejak umur 2 tahun lagi bagi sesetengah yang mempunyai sel-sel lemak yang tinggi. Tetapi, jangan risau! Apa yang penting ialah saiz sel-sel lemak tersebut. Golongan yang mempunyai kandungan sel-sel lemak yang tinggi tetapi bersaiz kecil adalah lebih baik daripada golongan yang mempunyai kandungan sel lemak yang rendah dan bersaiz besar. Walaupun anda tidak berupaya untuk mengurangkan kuantiti sel-sel lemak dalam badan, anda berupaya mengawal saiz sel-sel lemak supaya tidak terdedah kepada risiko penyakit.
3) Metabolisma badan boleh diubah
Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap pasangan kembar yang mempunyai berat badan yang berbeza (seorang kurus dan seorang lagi gemuk), saintis mendapati sel lemak dalam individu kembar yang gemuk mengalami perubahan metabolisma yang meyebabkan lemak lebih sukar dibakar. Saintis tersebut membuat kesimpulan, lebih banyak lemak seseorang, lebih perlahan metabolisma anda, maka lebih sukar untuk anda menurunkan berat badan. Cara untuk mengatasinya ialah dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang mencukupi seperti berolahraga, bersukan dan bersenam.
4) Tekanan boleh menggemukkan
Kajian yang telah dijalankan terhadap tikus yang dikenakan tekanan (seperti diletakkan dalam suasana bising dan sejuk) menunjukkan tikus-tikus ini lebih tenang apabila diberikan makanan berkarbohidrat tinggi. Apabila makanannya ditukar kepada yang kurang kandungan karbohidrat, hormon stres dalam badan tikus meningkat. Situasi yang sama ditemui dalam manusia. Apabila kita terdedah kepada tekanan (seperti bos yang mendesak, masaalah kewangan dan sebagainya), keinginan untuk menikmati makanan yang berkarbohidrat  tinggi (seperti makanan manis) meningkat kerana makanan sebegini akan meredakan stres.
Hormon stres juga akan menyebabkan lemak disimpan dalam kadar yang lebih tinggi. Di zaman purba, suasana tertekan seperti dikejar harimau atau musim kemarau menyebabkan proses penyimpanan lemak lebih logik kerana mereka memerlukan tenaga berlebihan untuk mengatasi situasi tertekan tersebut. Walaubagaimana pun, kehidupan kita pada hari ini lebih terdedah kepada situasi tertekan yang kurang aktif seperti termenung memikirkan masaalah atau duduk menyiapkan kerja pejabat yang bertimbun. Maka, kalori yang terkumpul semasa tertekan tidak digunakan dan berkumpul sebagai lemak terutamanya di bahagian perut. Ini boleh dielakkan dengan meredakan stres seperti beriadah, bermunajat, membaca Quran dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
5) Ibu mengandung yang gemuk berkemungkinan mempunyai anak yang berobesiti tinggi
Kajian terhadap tikus menunjukkan ibu tikus yang obes semasa mengandung mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi dalam rahim. Akibatnya, penghasilan protin yang boleh mengganggu sistem metabolik dan kawalan pemakanan di dalam otak bayi yang sedang berkembang. Kajian yang dijalankan terhadap tikus kebiasaannya boleh diaplikasikan terhadap manusia. Pakar perubatan dari University of New York telah membandingkan anak-anak yang dilahirkan oleh ibu yang sama tetapi mempunyai berat badan yang berbeza semasa mengandung. Anak-anak yang dilahirkan semasa ibu tersebut mempunyai berat badan ideal didapati tidak mempunyai masalah obesiti berbanding anak-anak yang dikandung semasa ibu tersebut gemuk. Jadi, anda sebagai ibu boleh membantu menentukan tahap kesihatan bakal anak yang dilahirkan dengan mengamalkan pemakanan sihat semasa mengandung.
Bahagian 2 akan menyusul kemudian   Sabar ye……
Fakta badan anda selepas bersalin
<fb:like href="http://comelnya.com/sihat-dan-cantik/fakta-badan-anda-selepas-bersalin" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>
Badan anda mengalami pelbagai perubahan semasa mengandung dan juga selepas bersalin. Berikut merupakan fakta-fakta menarik tentang badan anda selepas bersalin:-
1) Berat badan berkurangan 4-5 kg sejurus selepas bersalin
Benar. Sejurus selepas bersalin, berat badan berkurangan sebanyak 4-5 kg kerana berat bayi yang mempunyai berat 2-4 kg sudah selamat dilahirkan. Di samping itu, darah dan cecair amniotik juga akan keluat semasa bersalin. Dalam masa seminggu, anda akan kehilangan lagi 1-2 kg cecair yang menyebabkan anda sembab semasa trimester terakhir mengandung. Untuk kembali ke berat badan asal sebelum bersalin, berikan masa secara berperingkat dan bukannya mendadak dengan bersenam, menyusu badan dan menjaga pemakanan. Anda mengambil masa 9 bulan untuk menambah berat badan semasa mengandung, jadi berikan masa yang sama untuk mengurangkannya kembali ke asal
2) Keguguran rambut
Benar. Hampir 50% wanita akan mengalami keguguran rambut yang biasanya berlaku sebulan sehingga 6 bulan selepas bersalin. Peningkatan hormon estrogen semasa mengandung melambatkan proses pengguguran rambut dan melebatkan rambut. Selepas bersalin, hormon akan mengambil masa untuk kembali kepada normal sebelum rambut anda kembali kepada kitaran asal pertumbuhan dan pengguguran. Bagi mengekalkan rambut yang sihat dan mengelakkan keguguran rambut, ambil makanan yang kaya dengan protein, zat besi, zink, flavonoids, antioksidan dan silika yang bermanfaat kepada kulit kepala dan rambut.
3) Anda perlu makan lebih banyak semasa menyusu badan
Palsu. Kalori yang terdapat dalam susu badan kebiasaannya adalah dari lemak badan yang terkumpul (yang menebal semasa anda mengandung). Pantau berat badan anda sepanjang menyusu supaya berat badan anda berkurangan 500-1000 g seminggu, sehingga anda mencapai berat badan ideal. Jika berat badan berkurangan melebihi 1 kg seminggu, makan berlebihan sedikit (200-300 kalori sehari). Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang kerana nutrisi yang terkandung dalam makanan akan juga diserap dalam susu badan. Amalkan pemakanan buah, sayur, susu rendah lemak, bijirin penuh dan protein sepanjang menyusu. Anda juga boleh mengambil vitamin suplemen supaya vitamin dan mineral dalam badan sentiasa mencukupi buat anda dan anak tersayang.
4) Jerawat
Benar. Kitaran daran akan meningkat sebanyak 50% semasa mengandung, terutamanya di bahagian muka. Selepas bersalin, kitaran darah akan kembali ke normal dan kitaran hormon yang masih tidak stabil akan menyebabkan wajah anda mungkin ditumbuhi jerawat. Bagi mengelakkan masalah ini, pastikan wajah dicuci sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan produk penjagaan muka yang mengandungi retinoid. Retinoid akan mempercepatkan proses pertumbuhan sel kulit dan menaikkan seri wajah. Bagi yang mempunyai masalah jerawat yang teruk, gunakan produk mengandungi kombinasi benzyl peroxide dan retinol. Walau bagaimana pun, jika anda menyusu, dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk tersebut untuk memastikan ia selamat buat bayi anda.
5) Perut buncit selepas bersalin kerana rahim mengembang semasa mengandung
Palsu. Perut anda buncit dan menggeleber selepas bersalin adalah disebabkan oleh diastasis recti, iaitu pemisahan otot perut yang paling luar. Keadaan ini sememangnya normal bagi wanita selepas bersalin dan menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah, akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda. Akibatnya, tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ  dalam badan dan bukannya otot perut.  Ini menyebabkan perut anda nampak buncit dan masalah lain timbul seperti postur badan yang salah. Bagi membetulkan masaalah ini, senaman dan pemakanan yang betul adalah sangat penting.
6) Kesan rekahan kulit perut adalah kekal
Benar dan palsu. Sebannyak 90% wanita mengandung akan mengalami kesan rekahan kulit perut atau “stretch marks”. Rekahan ini disebabkan oleh penambahan berat badan yang pantas dimana badan berkembang lebih cepat daripada kemampuan kulit untuk menampungnya. Selain itu, peningkatan hormon glucocorticoids semasa mengandung melambatkan pembentukan kolagen dan fiber elastin dalam lapisan kulit. Kesan rekahan pada kulit perut akan kekal jika anda tidak mengambil langkah-langkah awal untuk mencegahnya. Langkah awal yang dimaksudkan ialah dengan mengelakkan pengambilan makanan yang tinggi kanji, manis, berlemak dan masin bagi mengelakkan penambahan berat badan yang berlebihan. Ambil makanan yang kaya dengan vitamin C kerana ia penting untuk pembentukan kolagen. Selain itu, minum banyak air supaya kulit akan lebih elastik. Anda juga boleh menyapu produk seperti Bio Oil sejak trimester pertama lagi bagi mengekalkan lembapan dan elastisiti kulit. Bagi anda yang telah lama mempunyai rekahan kulit, bukannya tiada harapan lagi untuk menghilangkannya. Warna rekahan akan beransur-beransur menjadi lebih pudar dengan masa dan tidak akan kelihatan jelas lagi (nak menyedapkan hati sendiri   )
Kesuburan wanita selepas 40 tahun
<fb:like href="http://comelnya.com/mengandung/kesuburan-wanita-selepas-40-tahun" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>
Tahukah anda tentang kesuburan wanita selepas 40  tahun? Menurut doktor pakar kesuburan wanita, berikut merupakan jumlah telur yang dihasilkan wanita sepanjang hayatnya sehingga umur 40 tahun:
Janin: 7 juta telur
Selepas dilahirkan: 1-2 juta telur
Baligh: 400, 000 telur
30 tahun: 52,000 telur
40 tahun: 12,000 telur
Menjelang umur 40 tahun, telur yang tinggal kebiasaannya kurang kuat dan risiko untuk gugur adalah tinggi. Kebarangkalian untuk mengandung pada umur 40 tahun adalah 2-4% berbanding 10% pada umur 25 tahun setiap kali kitaran kesuburan.
Kesimpulannya, cubalah untuk mengandung di usia muda kerana kebarangkalian untuk mendapat anak yang sihat dan cerdas adalah lebih tinggi. Apa-apa pun, banyakkan berdoa kepada Tuhan supaya anda dan anak yang dikandung dalam keadaan yang baik
Mengidam Semasa Mengandung
<fb:like href="http://comelnya.com/mengandung/mengidam-semasa-mengandung-2" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>
Apakah maksud mengidam?
Pakar nutrisi percaya yang mengidam merupakan petunjuk bahawa badan kekurangan zat-zat makanan tertentu. Sebagai contoh, jika makanan yang anda mengidam ialah ais atau sebarang benda yang bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan.
Pakar herba percaya yang kekurangan mineral magnesium dalam badan akan menimbulkan keinginan untuk makan coklat. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil makanan yang tinggi magnesium seperti bijirin, kekacang dan sayur-sayuran hijau. Terdapat juga wanita mengidam yang memerlukan lemak penting dalam badan seperti omega-3. Apabila wanita-wanita ini mengambil minyak ikan, mengidam hilang secara beransur-ansur.
Mengidam untuk makan daging memberikan petunjuk bahawa badan memerlukan protein. Dalam sesetengah kes, terdapat ibu mengandung yang makan dengan banyak buah-buahan seperti pic dan lobak merah dimana ini merupakan reaksi badannya yang memerlukan beta-karotin.
Seorang penyelidik pula memberikan pendapat berbeza. Menurutnya, kajian menunjukkan tiada saling kaitan antara makanan yang diidamkan oleh ibu mengandung dengan keperluan badannya. Buat masa  ini, tiada data saintifik yang menyokong mengidam berkait dengan keperluan ibu atau bayi. Tiada juga data yang menerangkan mengidam membawa akibat buruk.
Perlukan anda memenuhi rasa mengidam?
Pakar kesihatan bersetuju supaya ibu mengandung memberikan perhatian kepada apa yang diidamkannya. Makanan yang berkhasiat perlu diutamakan kerana ia memenuhi keperluan nutrisi dan membantu membentuk emosi yang baik.
Walaubagaimanapun, jika makanan yang anda mengidam kurang berkhasiat, jangan diabaikan makanan tersebut. Sebagai contoh, jika anda mengidam ais krim, jangan gantikan dengan yogurt yang lebih berkhasiat. Sebaliknya, anda boleh memakan ais krim dalam kuantiti yang SEDIKIT untuk memenuhi mengidam tersebut.
Cara lain untuk mengatasi mengidam yang tidak sihat ialah dengan memastikan anda makan sarapan pagi setiap hari kerana meninggalkan sarapan akan menjadikan mengidam semakin teruk. Selain itu, banyakkan bersenam dan dapatkan sokongan emosi dari yang tersayang. Faktor yang terakhir adalah amat penting kerana pergolakan emosi sewaktu mengandung akan menyebabkan anda mengalih perhatian yang lebih kepada makanan, sedangkan, apa yang anda benar-benar perlukan hanyalah pelukan sayang dari orang tercinta. Ada juga yang menjadikan alasan mengidam untuk membuktikan kasih sayang suami yang bersusah payah mencari makanan walaupun di waktu pepagi buta (kesian cik abang tu…).
Apakah penyebab mengidam benda yang bukan makanan semasa mengandung?
Tiada siapa yang pasti dengan situasi ini. Fenomena ini dinamakan pika. Dalam sesetengah kajian, situasi mengidam yang pelik ini dikaitkan dengan kekurangan zat besi. Jika anda termasuk dalam kategori ini, tidak bermakna anda mengalami kekurangan zat besi atau anda harus memenuhi kehendak luar biasa ini. Memakan benda yang bukan makanan akan mengganggu keupayaan badan anda menyerap nutrien yang mungkin menyebabkan kekurangan zat. Tambahan lagi, ia boleh menyebabkan keracunan atau sembelit atau dalam sesetengah kes, kematian.
Jika anda mengidam sesuatu yang bukan makanan, sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.
Perlukah makan untuk dua orang semasa mengandung?
<fb:like href="http://comelnya.com/mengandung/perlukah-makan-untuk-dua-orang-semasa-mengandung" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>
Kebanyakan orang menyangka pengambilan makanan harus untuk dua orang (ibu dan bayi) ketika mengandung. Sebaliknya, anda tidak perlu makan untuk dua orang. Sudah memadai dengan menambah pengambilan susu, kekacang dan ikan di samping makanan biasa yang anda ambil.
Ketika mengandung, badan anda lebih efisien dan berkemampuan menyerap lebih nutrisi dari makanan. Menggandakan pemakanan anda tidak bermakna menggandakan peluang untuk mendapatkan bayi yang sihat, tetapi berkemungkinan besar akan meningkatkan berat badan anda. Akibatnya, risiko mengalami komplikasi semasa mengandung akan meningkat.
Jika anda mempunyai berat badan ideal pada trimester pertama, anda mungkin tidak memerlukan penambahan kalori. Trimester kedua memerlukan penambahan 300 kalori dan trimester ketiga pula penambahan sebanyak 450 kalori. Penambahan makanan tidak seharusnya mengikuti 300-450 kalori, tetapi bergantung kepada berat badan anda, sama ada anda terlebih berat atau kurang berat sepanjang anda mengandung. Dalam erti kata yang lain, anda boleh menambah lagi jumlah kalori jika berat badan anda tidak meningkat semasa mengandung atau mengurangkan pengambilan kalori jika berat badan anda bertambah secara berlebihan semasa mengandung (sayalah tu…).
Bagaimana mendapatkan nutrisi yang mencukupi tanpa makan secara berlebihan?
Berikut merupakan beberapa tips untuk memaksimakan pengambilan gizi berkhasiat semasa mengandung:
Penuhi keperluan nutrisi harian anda seperti protein, karbohidrat, lemak yang berguna, vitamin dan mineral dengan menvariasikan makanan anda. Pastikan apa yang anda ambil merangkumi semua nutrisi yang anda perlukan. Pelbagaikan juga makanan dalam kategori yang sama, sebagai contoh, makan sayur-sayuran yang berbeza warna, jenis dan tekstur kerana setiap sayur mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza-beza.
Cuba minimakan pengambilan makanan yang tinggi kalori tetapi kurang berkhasiat seperti minuman bergas, makanan bergoreng dan sebarang makanan yang tinggi lemak dan gula. Sebaliknya, pilih menu yang mempunyai nutrisi maksima/perkalori seperti yogurt, telur rebus, buah-buahan atau sayur-sayuran.
Pilih makanan yang paling hampir dengan keadaan asalnya atau yang paling minima pemprosesannya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar, beras perang atau roti berbijirin tinggi.
Bagaimana makanan yang diambil dibahagikan antara keperluan ibu dan bayi?
Doktor perubatan masih lagi tidak memahami bagaimana nutrisi yang diperoleh dari pemakanan dibahagikan antara ibu dan bayi. Apa yang pasti, makanan yang diterima oleh bayi anda sememangnya datang dari makanan ibu dan nutrisi yang telah tersimpan dalam tisu dan tulang ibu.
Di masa dahulu, bayi yang sedang berkembang dianggap sebagai parasit yang mengambil segala keperluan nutrisi dari ibunya. Namun, ini hanyalah mitos semata-mata kecuali dalam beberapa kes, contohnya, jika makanan yang diambil oleh ibu kurang kalsium, maka bayi akan menyerap kalsium yang distor dalam tulang dan gigi ibu secukupnya. Jadi, amat penting untuk ibu mengambil susu secara berterusan sepanjang tempoh mengandung.
Pakar perubatan percaya, pemakanan ibu yang kurang berkhasiat akan mempengaruhi perkembangan bayi di dalam kandungan. Nutrisi yang tidak mencukupi semasa mengandung akan mempengaruhi kesihatan anak anda sepanjang hidupnya.
Kesimpulannya, kesihatan dan perkembangan bayi bergantung kepada amalan pemakanan anda sebelum dan semasa mengandung. Apa sahaja yang masuk ke dalam perut anda adalah sangat penting. Walau bagaimana pun, sentiasa berwaspada untuk tidak mengambil makanan yang berlebihan kerana ianya akan membahayakan kesihatan ibu dan bayi. Cuba ingatkan diri anda, anda sedang makan untuk seorang bayi dan bukannya seorang lagi dewasa di dalam kandungan anda. Pilih kualiti makanan dan bukannya kuantiti
Manfaat Menjarakkan Kelahiran
<fb:like href="http://comelnya.com/mengandung/manfaat-menjarakkan-kelahiran" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>
Anda mahukan jarak umur anak-anak anda rapat? Fikirkan sekali lagi kerana jika anda mengandung selepas selang masa yang tidak sampai beberapa bulan anda bersalin, boleh membahayakan anda dan bayi dalam kandungan. Kajian terbaru dalam “American Journal of Obstetrics and Gynaecology” mendapati, wanita yang mengandung semula selepas 6 bulan bersalin akan terdedah terhadap risiko melahirkan bayi pra-matang sebanyak 41%. Risiko tersebut akan menurun kepada 14% jika anda tunggu selama 12 bulan sebelum mengandung, dan turun hampir kepada 1% selepas 12-18 bulan. Kandungan yang rapat selepas bersalin berkemungkinan membahayakan anda kerana badan anda masih lagi dalam proses pemulihan dan perlu menggantikan nutrisi yang hilang semasa kandungan yang sebelumnya dan semasa menyusu bayi.
Dalam Islam, anda digalakkan menyusukan bayi selama 2 tahun untuk pembentukan otak dan sistem imunisasi yang baik buat anak anda. Di sebalik kebaikan yang berterusan untuk bayi anda, menyusu juga boleh membantu anda menjarakkan kelahiran kerana ia melambatkan kitaran haid selepas bersalin. Jarak kelahiran yang jauh membolehkan anda memberikan tumpuan dan penyusuan sempurna kepada anak anda. Jika anda mengandung semasa anak anda masih dalam tempoh penyusuan, anda mungkin terpaksa berhenti menyusu kerana akan menjejaskan pertumbuhan bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan memerlukan nutrisi yang baik yang diperolehi dari ibunya.
Kesimpulannya, menjarakkan kelahiran adalah untuk kebaikan anda, anak anda dan bakal bayi yang dilahirkan. Kesihatan semua pihak akan terjejas dengan kelahiran yang rapat.
Alahan Semasa Mengandung
<fb:like href="http://comelnya.com/mengandung/alahan-semasa-mengandung" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>
Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.
Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
Cara mengatasi alahan
Makanan
Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
Berat badan anda menurun dengan banyak.
Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.
Enter your search terms
Submit search form
Mengidam Semasa Mengandung
<fb:like href="http://comelnya.com/mengandung/mengidam-semasa-mengandung" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>
Terdapat wanita mengandung yang mengalami keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Keadaan ini di panggil mengidam. Para penyelidik telah cuba menentukan sama ada wanita yang mengidam makanan tertentu kekurangan nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut. Walau bagaimana pun, ini bukanlah sebabnya dan puncanya yang sebenar masih menjadi tanda tanya.
Sesetengah pakar perubatan menjangkakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung. Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi sebab wanita mengandung mengidamkan makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.
Kebanyakan wanita mengandung mengidam makanan daripada coklat sehinggalah nasi beriani yang dijual di kedai mamak sahaja. Kadang-kadang permintaan untuk menikmati makanan yang diidamkannya boleh timbul bila-bila masa saja termasuklah pukul 2, 3 pagi (kesian suami…). Mengidam makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan tidak akan mendatangkan masalah.
Mengidam boleh mendatangkan masalah apabila ibu mengidam sesuatu yang pelik seperti tepung jagung atau benda yang bukan makanan seperti tisu, tanah liat dan sebagainya. Walau pun tepung jagung adalah makanan, pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan anda terlalu kenyang, mengganggu sistem penghadaman dan menyekat selera anda untuk mengambil makanan berkhasiat. Mengidam benda yang bukan makanan atau “pica” harus dielakkan kerana ia mungkin akan memudaratkan bayi dan ibunya. Jika anda mempunyai keinginan tinggi untuk mengambil sesuatu yang pelik atau bukan makanan, berjumlah doktor untuk langkah seterusnya.
Cuba elakkan mengambil makanan yang disenaraikan di bawah walau pun setinggi mana keinginan anda untuk memakannnya kerana ia boleh memudaratkan kandungan anda:
Makanan laut, daging dan telur mentah atau yang tidak masak sempurna (ex: sushi, telur kampong mentah, rare @ medium steak)
Susu atau hasil tenusu yang tidak dipasteur (ex: Mexican cheese, unpasteurised milk)
Jus buah atau sayur yang tidak dipasteur
Teh herba
Alkohol
Mengidam sebenarnya tidak akan mendatangkan masalah selagi ibu mengandung mengambil diet yang seimbang. Walau bagaimana pun, berhati-hati jika anda menggemari makanan yang berkalori tinggi seperti makanan manis dan berlemak kerana ia akan meningkatkan risiko kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung.
Cara untuk mengatasi mengidam semasa mengandung adalah seperti di bawah:
Jadikan pemakanan anda seimbang apabila anda mengidamkan makanan yang tinggi kalori. Contonya, lebihkan aneka buah-buahan dalam ais krim anda supaya seimbang nutriennya.
Fokuskan pemakanan anda pada makanan yang rendah kalori seperti yoghurt, oat meal bar.
Jika anda mengidam makanan yang tinggi kalori, beli saiz yang lebih kecil supaya mengelakkan pemakanan yang berlebihan.
Jika mengidam ‘menguasai’ hidup anda, cari aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti berjalan-jalan bersama suami dan menonton wayang.
Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak jatuh yang boleh menyebabkan anda makan berlebihan. Cuba makan makanan seimbang 6 kali sehari.
Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
Ambil makanan seimbang termasuk susu, bijirin, sayur dan buah-buahan.
Sokongan moral amat penting kerana emosi ibu mengandung yang tidak stabil akan menjadikan makanan sebagai teman rapat, sedangkan pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi ibu mengandung
Panduan Pemakanan Ibu Mengandung
<fb:like href="http://comelnya.com/mengandung/panduan-pemakanan-ibu-mengandung" layout="standard" show_faces="true" width="550" action="like" font="arial" colorscheme="light" ref="AL2FB"></fb:like>
Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
Berat bayi : 2.5 – 3 kg
Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Piramid Makanan
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.